Seruan Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 9:34 PM

Selesaikan masalah setinggan di Perak

Kerajaan Perak digesa untuk menyelesaikan masalah setinggan yang semakin meruncing termasuk masalah lot kepada kampung-kampung peneroka bandar yang lama dijanji lot oleh kerajaan negeri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bagi Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan Negeri Perak, kampung-kampung yang didapati banyak masalah sedemikian ialah Kg Meru Tin di Jelapang, Kg Jelapang Tambahan di Jelapang, Kg DBI di Buntong, Kg KTM di Falim, Menglembu dan Kg Spooner di Falim, Menglembu.

Menurut Mohanarani Rasiah yang menjadi jurucakap bagi Gabungan tersebut yang terlibat dalam isu-isu setinggan sejak tahun 1994 itu, beberapa organisasi seperti Chinese, Malay dan Indian Chambers of commerce bersama persatuan-persatuan penjaja diberi peluang untuk memberi pandangan dan input dalam menangani masalah setinggan di Perak.

Mohanarani juga berkata bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali perlu membuat kajian untuk mengenalpasti jumlah setinggan sebenarnya di Ipoh kerana sumber-sumber daripada media tempatan berbanding dengan maklumat yang dikumpul oleh Gabungan berkenaan yang mempunyai perbezaan ayang amat ketara.

“Dengan mendapat statistik yang benar, ini adalah penting untuk menangani masalah setinggan dengan efektif”, jelas Mohanarani lagi.