Seruan Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 9:01 PM

Rayuan Ezam: Pembentangan tentang laporan ‘rahsia’ BPR

Pada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Shah Alam meragui kes pendakwaan terhadap ketua pemuda Keadilan Mohd Ezam Mohd Nor, dengan menyoal kesahihan laporan ‘rahsia’ BPR – bahan bukti utama yang digunakan untuk mendakwanya di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Hakim KN Segara bertanya, samada laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas amalan rasuah bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Tamby Chik dan Menteri Perdagangan Antaranbangsa dan Industri Rafidah Aziz, yang merupakan asas kes pendakwaan, adalah sahih.

“Laporan tersebut tidak bertarikh, dan kami tiada pengetahuan siapa yang menyediakannya kerana tiada nama atau tandatangan  padanya. Apa yang pendakwaraya ada hanya bukti yang khabar angin (oleh pegawai penyiasat), yang ia disediakan oleh Abdul Gani Patail (yang kini ialah peguam negara),” katanya.

Walau bagaimanapun pendapat ini tidak disokong oleh yang melakukannya (Abdul Ghani) yang tidak dipanggil. Jadi, bagaimana kita tahu samada laporan tersebut adalah sama dengan yang digunakan oleh tertuduh (Ezam) kepada media seperti yang didakwa oleh pendakwaraya?”

Dia mengemukakan pertanyaan semasa pendengaran rayuan Ezam terhadap hukuman dan seterusnya dua tahun penjara dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2002.

Dia dikatakan telah melakukan kesalahan semasa satu sidang akbar di ibu pejabat Keadilan di Menara Phileo Damansara di Kuala Lumpur pada 6 November 1999. Kedua-dua Rahim dan Rafidah, kemudian dibersihkan oleh kabinet daripada apa-apa salahlaku.

Dalam jawapan balasnya, timbalan pendakwaraya Vong Poh Fah berkata, bahawa semua isu yang ditimbulkan oleh hakim adalah tidak relevan kepada kes pendakwaan.

“Ia tidak penting samada siapa atau bila laporan tersebut dibuat. Pokok kepada kes ini ialah dokumen yang telah diklasifikasikan sebagai rahsia oleh peguam negara dan tertuduh telah menggunakannya pada awam tanpa kebenaran yang sah,” kata Vong.

Dia juga barkata seksyen 16(1)(a) OSA mengatakan bahawa pendakwaan hanya perlu kemukakan sijil mengesahkan laporan BPR sebagai rahsia rasmi bagi membuktikan yang ia benar-benar dokumen rahsia.

Kepada itu, hakim Segara bertanya: “Dalam keadaan di mana fakta menunjukkan sesuatu tidak betul, adakah mahkamah boleh mejangkau lebih dari pengesahan tersebut, sekalipun terdapat peruntukan pada undang-undang?”

Jawab Vong, undang-udang jelas bahawa mahkamah tidak boleh menyiasat ke dalam kandungan dokumen kerana undang-undang memberi kerajaan dan pegawainya kebijaksanaan sepenuhnya dalam proses membuat keputusan apabila mengesahkan dokumen sebagai ‘rahsia rasmi’.

Katanya, walaupun dokumen yang tidak rasmi seperti minit mesyuarat dan nota perbincangan boleh diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Kerajaan mempunyai hak sepenuhnya untuk menganggap apa-apa dokumen atau maklumat sebagai rahsia. Pada masa lalu, mahkamah menganggap tidak penting samada dokumen tersebut telah diklasifikasikan dengan betul sebagai dokumen rahsia,” katanya.

Kepada pendapat tertuduh bahawa pendakwaan telah melanggar hak kebebasan bersuara Ezam, Vong berkata, kebebasan bukan tiada had dan ia boleh disekat demi menjaga ketenteraman awam.

Kaunsel bagi Ezam, Raja Aziz Addruse berhujah bahawa seksyen16(1)(a) OSA tidak boleh ditafsirkan membawa makna bahawa kerajaan boleh mengisytiharkan mana-mana dokumen sebagai rahsia.

“Dalam kes ini, kertas tandas pun boleh diisytihar sebagai dokumen rahsia. Intepritasi perlu munasabah. Ia tidak boleh digunakan sebagai perisai (untuk menutup) ke atas salahguna kuasa atau rasuah oleh menteri-menteri, katanya.

Katanya, kebebasan bersuara hanya boleh dihalang dengan mengambilkira kepentingan keselamatan negara, bagi menjaga hubungan antarabangsa, menjaga ketenteraman awam dan moral.

“Mahkamah ini perlu membuat keputusan samada mendedahkan rasuah akan mengganggu ketenteraman awam atau keselamatan negara,” katanya.