Seruan Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 9:03 PM

Ezam dibebaskan dari tuduhan OSA

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 April 2004, menggugurkan tuduhan terhadap Ketua Pemuda Keadilan Ezam Mohd Nor, yang melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Penghakiman lisan yang agak panjang, yang bermula dalam pukul 3 petang, Hakim Dato’ KN Segara berkata, bahawa undang-undang amat jelas mengenai apa yang dikatakan sebagai rahsia atau dokumen “rahsia rasmi”. Terdapat dua kategori dokumen rahsia, terang hakim Segara. Satu ialah dokumen ‘otomatik’ seperti paper kabinet, minit penangguhan dan memilikinya adalah satu kesalahan. Kemudian ada dokumen rahsia oleh Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri dan Menteri-menteri Kabinet atau pegawai yang diberi kuasa oleh mereka yang tersebut, untuk berbuat demikian.

Dalam kes Ezam, dia memiliki dokumen yang di bawah kategori kedua.

Walau bagamanapun, tidak jelas bila dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai rahsia. Pengesahan yang mengatakan dokumen tersebut rahsia dibuat pada 24 Ogos 2000. Tetapi Ezam didakwa melakukan kesalahan memiliki dokumen tersebut pada November 1999, tarikh sebelum pengesahan dokumen sebagai rahsia.

Pendakwa gagal membuktikan bahawa dokumen yang dimaksudkan adalah rahsia.  Ia tidak tahu siapa yang mengesahkan dokumen sebagai rahsia dan samada orang yang berbuat demikian mempunyai kuasa berbuat demikian. Beikutan itu, tiada nama atau tandatangan pada dokumen yang menunjukkan kuasa berbuat demikian.

Semasa perbicaraan, pendakwa meminta penangguhan bagi menyerahkan subpoena kepada Peguam Negara ke mahkamah bagi menjadi saksi bahawa dia sebenarnya orang yang telah mengklasifikasikan dokumen tersebut. Ini, tidak pernah dilakukan dan Peguam Negara tidak pernah hadir di mahkamah menjadi saksi.

Ia masih menjadi satu misteri, siapa yang telah mengesahkan, bila ia disahkan, dan bila dokumen disiapkan. Dengan ketiadaan bukti tersebut, mahkamah tiada pilihan tetapi mengambil tarikh yang dinyatakan pada sijil sebagai tarikh dokumen diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia, ini bermakna dokumen hanya menjadi rahsia selepas Ezam memilikinya, lebih awal daripada itu.

Tugas pendakwa membuktikan Ezam benar-benar memiliki dokumen rahsia. Bukan tugas tertuduh membukti sebaliknya. Dan ini, pendakwa telah gagal.

Ezam, sebenarnya memiliki dokumen yang dibuat salinan. Tiada bukti menunjukkan bahawa salinan dokumen adalah seperti salinan sebenar, kerana ia tidak disahkan sebagai salinan asal.

Respon kepada pembebasannya, Ezam berkata, baginya, ini hanya mengukuhkan lagi semangatnya menentang semua undang-undang zalim seperti OSA, ISA dan banyak lagi yang hanya untuk menyekat kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

“Perjuangan mesti diteruskan,” kata Ezam. ”Kita tidak boleh rehat selagi undang-undang zalim tidak dimansuhkan dan rakyat dapat menikmati kebebasan sebenar dan demokrasi.”

“Malaysia mempunyai banyak undang-undang yang kononnya untuk melindungi keselamatan negara dan menjaga ketenteraman awam. Sebanarnya, semua undang-undang ini tidak lain, hanya menjadi alat kepada parti pemerintah melenyapkan apa jua tentangan dan memenjarakan semua mereka yang berbeza pandangan atau menentang mereka yang berkuasa.”

“Saya puji hakim yang berani, Hakim Dato’ Segara, yang enggan tunduk kepada tekanan politik dan menghakimi berdasarkan undang-undang.”

“Saya pasti hakim sedar bahawa kes saya tiada kena-mengena dengan melanggar undang-undang tetapi semuanya tentang pendakwaan politik. Dia sendiri menyatakan bahawa dokumen yang saya dedahkan tidak menjejaskan ketenteraman awam atau keselamatan negara. Hakim tahu bahawa membebaskan saya akan menyebabkan tuan politik murka. Meskipun begitu, dia tetap mengadili mengikut undang-undang dan bukan politik.”

“Ia mengembirakan melihat hakim-hakim seperti ini berani berhadapan dengan apa jua demi kebenaran. Kita juga telah lihat sikap penuh keberanian daripada hakim-hakim lain dimasa lalu, yang telah mengadili bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh tuan-tuan politik.”

“Tetapi lebih banyak yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, Anwar masih dalam penjara, dinafikan ikat jamin dan rayuannya ditolak. Seluruh dunia tahu bahawa Anwar adalah tahanan politik. Anwar akan hadapi mahkamah pada 10 Mei. Mari sama-sama doakan para hakim akan lakukan yang betul dan memberikannya ikat jamin, dan seterusnya membebaskannya daripada tuduhan yang diadakan.”

Meskipun mendapat kemenangan, Ezam masih hadapi tuduhan-tuduhan lain seperti perhimpunan haram, merusuh dll. Oleh itu, mereka mungkin dapat Ezam satu hari kelak.

Pada 10 April 2001, Ezam ditahan tanpa bicara di bawah ISA dan selepas itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting denganlima rakan yang lain. Sementara masih dalam tahanan ISA, pada 7 Ogos 2002, dia dijatuhkan hukuman dua tahun penjara atas kesalahan OSA dan dipindahkan ke Penjara Kajang, mungkin pertama dalam sejarah seorang tahanan ISA pada masa yang sama menjalani hukuman penjara.

Pada Julai tahun lepas, apabila dia ‘dibebaskan’ daripada tahanan ISA, dia mohon ikat jamin, di mana Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan.

Dia telahpun menjalani sepuluh bulan penjara daripada hukuman dua tahun penjara. Mengambilkira sau pertiga sengkatan, dia hanya mempunyai lagi enam bulan sebelum bebas.

Peguam-peguam sebenarnya tidak mahu memohon ikat jamin kerana jika dia kalah rayuannya, dia terpaksa lalui hukumannya semula dan hilang sepuluh bulan yang telah dijalani dalam penjara sebelum itu. Walau bagaimanapun, melihat pilihan raya umum begitu hampir, Ezam memutuskan untuk mengambil risiko kerana merasakan parti memerlukan khidmatnya semasa pilihan raya umum.

Ezam sanggup menghadapi penjara sepuluh bulan tambahan hanya untuk dapat bekerja untuk parti semasa pilihan raya baru-baru ini. Tiada siapa boleh mengaku telah berkorban untuk parti seperti apa yang telah Ezam lakukan. Kehidupan di dalam penjara bukan suatu bulan madu. Tidak ramai yang sanggup menghadapi keadaan sebegitu kerana parti. Ezam telah lakukannya, dan itu membuatkan dia sedikit lebih dari yang lain.