Seruan Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 9:21 PM

KOMENTAR WANITA

Kita mahu YB yang …..

Pilihan raya ke 11 telah berakhir, melihatkan beberapa muka baru mengambil tempat orang yang lama. Dalam kekalutan berebut jawatan dalam kerajaan dan pertelingkahan dalaman, para YB, jangan lupa yang anda semua diamanahkan dengan tugas berkhidmat menjaga kepentingan rakyat yang telah mengundi anda.

Tetapi apa jenis YB yang kita mahu? Jawapannya agak jelas.

Kebebasan bersuara yang dimiliki oleh para YB  dalam persidangan legislatif melebihi apa yang dinikmati oleh rakyat biasa. Tetapii untuk memiliki keistimewaan tersebut ialah seperkara, menggunakannya adalah seperkara lain. Oleh kerana YB sudah diperkasakan untuk bercakap di persidangan legislatif, mereka sewajarnya menjalankan tugas mereka - cakap tanpa rasa takut bagi pihak rakyat, dan berkata-kata dalam perdebatan dan mempertahan hak rakyat.

Tetapi kalangan ratusan YB yang kita ada, berapa yang benar-benar menjalankan tugas dengan betul? Ada wakil yang dipilih tidak berkata apa-apa langsung dalam persidangan  legislatif, ada juga yang didapati terlena semasa mesyuarat!

Apa yang hendak diharapkan daripada YB-YB? Ada wakil yang dipilih, tidak lebih daripada kaki angguk saja, yang tidak tahu langsung tentang prosidur legislatif. Kita tidak dapat memberi kepercayaan kepada orang yang  seperti itu.

Ada antara wakil yang dipilih mengatakan sesuatu dalam persidangan legislatif, kemudian berkata sesuatu yang berlawanan di luar. Kepada YB yang seperti ini, kita tidak akan layan mereka tetapi dengan layanan yang wajar bagi mereka. Begitu juga, kita menolak mereka yang cakap berdegar-degar dalam persidangan tetapi tidak tahu keadaab sebenar rakyat biasa. YB yang komited ialah yang bertanggunjawab, bercakap secara rasional dan bijaksanan dalam menjaga hak mereka yang di dalam kawasan mereka.

Lima tahun akan datang, rakyat akan menilik prestasi para YB, apa yang mereka sebut dan bagaimana mereka bertindak. Sebelum kita dapat dengar perbahasan di parlimen secara langsung di tv, mengapa tidak diwujudkan jawatankuasa pemantau ahli Parlimen yang bebas, yang menilai perangai para YB?

Masa sudah berubah. Begitu juga harapan kita terhadap para YB.  Kita tidak mahu mereka yang hanya pandai dalam pilihan raya saja, tetapi tiada idea langsung tentang bagaimana berkhidmat kepada pengundi setelah dipilih. Kita juga tidak mahu mereka yang hanya tahu bagaimana memeriksa longkang dan parit dan melaung slogan saja.

Kita mesti menolak mereka yang bercakap secara agresif dan hanya pedulikan kepentingan peribadi. Mereka yang tidak menjalankan tugas dengan baik akan di'veto' dengan undi kita selepas lima tahun.