Seruan Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 9:22 PM

KOMENTAR WANITA

Beri generasi muda lebih ruang

Kebanyakan orang mda dalam negara ini masih tiada idea mengapa kita perlu berpegang kepada pilihan raya. Tak percaya?  Pergi tanya anak-anak muda yang berpeleseran di Starbucks atau di mana-mana pusat membeli-belah, dan anda akan dapati kebanyakan mereka tidak tahu 'habuk' tentang sistem pilihan raya negara ini, inikan meluangkan masa untuk mengundi pada hari mengundi.

Politik, pilihan raya dan mengundi adalah perkara yang terlalu asing bagi anak-anak muda ini, yang fikir mereka 'cool' dan 'in'. Mereka hanya pedulikan bagaimana rupa fesyen terkini, syarikat talifon bimbit yang akan lancar produk baru dan artis mana yang terlibat dalam skandal percintaan.

Sudah tentu tidak semua anak muda tidak hiraukan politik. Walau bagaimanapun, bilangan mereka - termasuk pelajar universiti - minat kepada politik, begitu sedikit.

Baru-baru ini, rayuan pilihan raya oleh pelajar universiti telah memberi cahaya baru. Sekurang-kurangnya kita dengar dari pelajar muda IPT, walaupun bilangannya hanya minoriti.

Terdapat beberapa muka baru dalam pilihan raya baru ini, termasuk bilangan yang agak besar, golongan muda, samada bertanding dalam pilihan raya atau membantu di belakang atau terlibat dalam perancangan strategik.

Kita perlu tiupan semangat baru dalam politik. Oleh itu, ia amat penting bagi parti-parti politik merekrut lebih ramai kader dan bentuk mereka menjadi pemimpin masa depan agar kita tidak ketandusan pemimpin yang berkaliber apabila yang lama menyerahkan tugas mereka.

Melihat kepada persekitaran yang ada, anak muda sendiri mesti mempunyai tahap minat yang cukup, jika mereka ingin terlibat dalam politik atau isu semasa.

Kebanyakan ilmu yang dimiliki oleh anak muda ini, tentang sistem demokrasi, parti politik dan modus operandi pentadbiran nasional, telah diambil daripada media, guru-guru sekolah atau rakan-rakan di sekelililng mereka. Jika mereka mahu mendalami kefahaman tentang politik, mereka mungkin perlu melihat kepada persekitaran untuk dapatkan ilham.

Tetapi, diberikan generasi muda, khususnya pelajar universiti, telah lama enggan terlibat dalam urusan awam, mereka semakin disishkan, malah terpisah daripada masyarakat di mana mereka tinggal.

Anak muda kita lebih cenderung menerima nilai-nilai yang menekankan keuntungan dan minat. Ini digabungkan dengan penyelewengan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan ibubapa yang enggan terlibat dalam kerja-kerja sosial, telah menghadkan keprihatinan orang muda terhadap masyarakat, belum lagi bercakap tentang politik.

Masa depan negara  bergantung kepada generasi muda ini. Masyarakat kita dan negara perlu menawarkan lebih ruang untuk pembangunan generasi muda ini, di mana mereka dapat memaksimakan kebolehan mereka dan membawa perubahan kehidupan ke dalam masa depan negara.

Pilihan raya umum menawarkan platform bagi mereka menyuarakan pandangan mereka. Kerajaan wajar cuba menghapuskan halangan yang menyekat pelajar universiti, dan menanamkan dalam diri mereka kefahaman tentang demokrasi.