Seruan Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 9:23 PM

KOMENTAR WANITA

Ciri-ciri ADUN  yang dicari

Di Malaysia, pilihan raya ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh memalukan. Setengah calon-calon, yang berfikir mereka belum ada reputasi, akan cuba bertanding di DUN. Mereka seolah tidak ada agenda politik; tidak juga para pengundi menuntut apa-apa dari mereka. Nampaknya, siapa yang mempunyai lebih poster bergantungan di jalan-jalan akan menang pilihan raya. Tetapi, adakah ADUN begitu tidak penting?

Selain daripada memeriksa parit atau menghadiri majlis perkahwinan, perkara paling penting bagi ADUN ialah membawa masalah rakyat kepada mesyuarat DUN yang diadakan tiga kali setahun, berbincang secara serius dalam usaha mencari penyelesaian kepada permasalahan rakyat.

Sudah tentu, mereka juga perlu melihat peruntukan kepada negeri dan pastikan ia digunakan dengan sebaiknya.

Lihat saja dibeberapa DUN dan anda akan dapat gambaran apa yang dibuat oleh DUN.

Mungkin tidak ramai orang Johor yang tahu tentang dasar ini: Dalam taman perumahan baru, perlu ada sekeping tanah yang direzabkan untuk sekolah menengah kebangsaan dan dua sekolah rendah kebangsaan, bagi setiap tiga ribu unit rumah dibina. Tiada peruntukan bagi sekolah rendah Cina. Ini bermakna, walau besar macamana estet tersebut, tiada peruntukan langsung, bagi sekolah Cina.

Apabila bil tersebut dibacakan di DUN Johor pada 14 November tahun lepas, seperti yang dijangka, ia tidak menimbulkan apa-apa kontroversi. Kurang empat hari sebelum itu, ADUN DAP di Melaka menyelar ADUN BN kerana gagal menunaikan janji untuk membina sekolah rendah Cina, setelah beberapa tahun lamanya.

Dari dua negeri tersebut, kita boleh agak yang mana memberi harapan kepada pembangunan sekolah rendah Cina.

Jika anda tinggal di Negeri Sembilan, anda mungkin terkejut mendapati November lalu, mesyuarat DUN dipendekkan kepada dua hari daripada empat; mesyuarat Ogos hanya selama tiga jam, sementara mesyuarat April hanya dua jam.

Jika anda dari Kelantan, anda perlu tahu bahawa DUN Kelantan telah meluluskan beberapa peraturan Islam. Dalam negeri-negeri ini, anda tidak akan lihat perbahasan yang bergegar, bangkangan, bantahan, keluar dewan, penyerahan MOU dan lain-lain senario yang biasa dalam mesyuarat persidangan demokratik.

Fikirkan: Di Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan, nisbah ADUN BN kepada ADUN pembangkang adalah 40:0, 30:0 dan 2:41 masing-masing. Apa yang anda dapat harapkan pada DUN yang seperti itu?

Sudah tentu mesyuarat-mesyuarat akan menjadi sangat 'efisyen' kerana semua dari parti yang sama dan tiada yang akan membangkang. Tetapi yang tidak baiknya ialah asas 'pemantauan' yang diperlukan dalam persidangan yang demokratik tiada dalam persidangan ini. Tiada pandangan kedua atau suara lain.

Jadi, jangan mengadu yang orang di negeri lain tidak perlu beratur untuk dapatkan tempat di sekolah jenis kebangsaan Cina, kerana kitalah orang yang telah memilih pemimpin-pemimpin kita. Jangan salahkan orang lain, jika anda tidak dipedulikan dan dilupakan, kerana anda mahukan begitu.

Tiada siapa yang perlu dipersalahkan selain diri anda sendiri!