Seruan Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 9:13 PM

Seorang lagi dalang menfitnah Anwar Ibrahim punah

Akhirnya terdedah rahsiah besar Pengerusi Felcra, Hamzah Zainuddin

Siapakah Hamzah Zainuddin? Sebelum ini tidak ramai yang pernah mendengar nama Hamzah Zainuddin. Bagaimana dia menjadi Pengerusi Felcra, jawatan yang biasanya diberikan kepada mereka yang ‘telah berkhidmat kepada yang berkuasa’, yakni Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad? Dan bagaimana, sebagai hanya seorang Pengerusi Felcra, dia memiliki begitu banyak wang sehingga mahkamah mengarahkannya membayar bekas isterinya sejumlah RM11.26 juta?

Hamzah salah seorang daripada dalang dalam konspirasi memfitnah Anwar Ibrahim dan merupakan yang terkini dalam senarai panjang konspirator, yang menerima balasan daripada Tuhan, kerana memfitnah Anwar Ibrahim. Kekayaannya diperolehi dengan cara yang keji dan curang, malah, ada dengan cara ‘menjual’ isteri sendiri, dan bersekongkol dengan Annuar Musa, merompak tabung yang dikhaskan untuk rakyat termiskin.

Pak Lah merasa Mahathir cuba menjatuhkannya

Sebelum Seruan mendedahkan mengenai Hamzah Zainuddin, perlu diperkatakan sesuatu tentang Perdana Menteri baru, Abdullah Ahmad Badawi. Mengapakah orang seperti Hamzah Zainuddin masih menjadi pengerusi Felcra sedangkan Anwar Ibrahim masih dipenjarakan dan dinafikan permohonan mendapat rawatan perubatan?

Tidak lama selepas Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, beberapa bekas pembantu Anwar Ibrahim pergi berjumpa Pak Lah bagi membincangkan kemungkinan Anwar dibenarkan mendapat rawatan yang diperlukan.

Dan pada masa itu berlegar khabar angin mengatakan Ketua Pemuda Keadilan Ezam Mohd Nor, pergi berjumpa Pak Lah bagi membincangkan kemasukannya ke dalam Umno. Sebenarnya, pertemuan tersebut adalah mengenai rawatan perubatan Anwar.

Beberapa siri perjumpaan diadakan tetapi akhirnya Pak Lah enggan melayan permintaan tersebut. Menurut Abdullah, kedudukannya dalam Umno masih tidak selamat – dia hanya seorang pemangku Presiden, dan hanya akan dilantik dalam Perhimpunan Agong yang dijangka diadakan pada Jun tahun ini. Oleh itu, dia bimbang, jika dibenarkan Anwar mendapat rawatan perubatannya, orang Mahathir dalam Umno, akan lihatnya sebagai lemah dan akan cuba menyepaknya keluar.

Jelas, Pak Lah bimbang dikelilingi oleh orang Mahathir dan berasa mereka akan berbuat sesuatu. Najib Tun Razak yang merupakan timbalannya ialah salah seorang daripada mereka.

“Namun,” kata Pak Lah, “perkara ini ialah antara Anwar dan Mahathir.”  Dia menambah, bahawa dia tidak pernah terlibat dalam konspirasi menghapuskan Anwar dari awal lagi dan enggan terlibat sekarang.

Pak Lah tidak pernah mengatakan Anwar bersalah atas tuduhan yang didakwa atau perkara tersebut adalah bagi mahkamah menentukan. Dia mengaku bahawa ini adalah mengenai politik tetapi ia antara Anwar dan Mahathir. Oleh kerana dia belum betul-betul kukuh dalam Umno, Pak Lah enggan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Mahathir, takut kalau bekas perdana menteri mengarahkan orangnya mengambil tindakan ke atas Pak Lah pada Jun tahun ini.

“Keadilan mungkin ditangguhkan, tetapi tidak akan dinafikan”

Kira-kira setahun lalu, Anwar terserempak dengan salah seorang bekas guru dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, semasa menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Guru tersebut sudah tiada, tetapi beliau sempat menghadiri majlis perkahwinan Nurul Izzah.

Guru tersebut memeluk Anwar dan berkata, “Keadilan mungkin ditangguhkan, tetapi ia tidak akan dinafikan.”

Mungkin Anwar tidak akan mendapat keadilan daripada mahkamah Malaysia. Dia juga tidak mendapat pembelaan daripada Perdana Menteri, yang masih takut Mahathir akan murka sehingga dia enggan terlibat dalam isu Anwar. Tetapi Anwar menerima keadilan dari Tuhan,  walaupun ia ditangguhkan.

Lihat senarai mereka yang telah diadili.

Ummi Hafilda Ali, salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar, rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin, ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.

Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.

Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.

Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin  benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya ‘perkara yang baik’ akan menemui mereka yang melakukan ‘kebaikan’ kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal. Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi ‘jalan keluar’ yang mudah. Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.

Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?

Hamzah diperintah bayar RM11.206 juta

Pada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.

Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.

Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah.

“Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.”

“Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun,” katanya lagi.

Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.

Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.

Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.

Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.

Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit.

“Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.”

“Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti,” katanya.

Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya.

“Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.”

“Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak di

rumah,” katanya.

Siapakah sebenarnya Hamzah Zainuddin?

Hamzah Zainuddin ialah salah seorang konspirator yang bersubahat dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim, satu tindakan paling kejam terhadap seorang bekas pemimpin besar Malaysia.  Ia juga ‘rakan kongsi’ Anuar Musa untuk menyapu RM40 juta wang PPRT.

Mereka buat macam-macam untuk memfitnah Anwar Ibrahim termasuk keluar negara bersama Dato' Suhaimi Ibrahim (Presiden GPMS) untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia.

Hamzah Zainuddin ialah juga bekas Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat.

Bagi mereka yang sudah lupa, Hamzah juga adalah salah seorang yang menjadi saksi semasa perbicaraan Anwar, mendakwa Anwar cuba mengurat isterinya (isteri kedua). Dalam perbicaraan tersebut, Hamzah mengemukakan sebuah pita rakaman, perbualan antara isteri barunya dan Anwar, sebagai bahan bukti.

Sebenarnya ‘suara Anwar’ adalah suara seorang Tionghua Muslim yang pandai mengajuk suara-suara orang lain. Dia boleh mengajuk suara Samy Vellu, Lim Keng Yaik, Mohammad Rahmat, Ling Leong Sik, dan ramai lagi. Pada satu masa dulu, dia mempunyai rancangannya sendiri, dan mengajuk pemimpin-pemimpin dan orang-orang terkenal lain.

Jadi, ada banyak perkara lagi yang berlaku selain daripada apa yang diberitahu dalam mahkamah. Sementara suara isteri kedua Hamzah, adalah suaranya sendiri, suara Anwar adalah suara pelawak yang pandai mengajuk suara orang lain itu.

Berbalik kepada kisah Hamzah

Hamzah telah tinggalkan isteri pertamanya, Nooraini, seorang yang sopan dan gadis kampong, dan berkahwin dengan isteri kedua yang ‘glamour’. Hamzah berkahwin dengan isteri keduanya untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan perniagaannya kerana dia berasa malu dengan isteri pertamanya yang dikatakannya, kampong sangat dan takde standard.

Hamzah kemudian, menyuruh isteri barunya mengejar Anwar dan cuba dapatkan, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, untuk syarikatnya yang banyak itu, kontrak kerajaan. Hamzah begitu yakin isterinya yang glamour dapat menggoda Anwar.

Tetapi Anwar begitu meluat dengan panggilan talifon yang berkali-kali daripada isteri Hamzah sehingga dia mengarahkan pejabatnya menyekat panggilan daripada isteri Hamzah dan tidak membenarkan apa-apa panggilan darinya masuk. Ini menimbulkan kemarahan Hamzah, yang selepas itu menuduh Anwar ‘mengejar isterinya’ dan cuba menggoda isterinya, sedangkan perkara sebaliknya yang berlaku. Hamzah menggunakan isterinya untuk menggoda Anwar, dengan harapan Anwar akan ada ‘affair’ dan memberi balasan dengan memberi kontrak kerajaan kepada syarikatnya.

Ia tidak berlaku seperti yang dirancangkan. Ini membuatkan Hamzah bengang dan cuba balas dendam. Hamzah mampu berbuat demikian, ke tahap memberikan isterinya digunakan asalkan dia mendapat keuntungan daripadanya.

Kehidupan awal Hamzah

Hamzah mulakan kerjayanya sebagai kontraktor kerajaan dalam tahun 1980an, lebih 20 tahun lalu, dia mengetuai sebuah syarikat di Ipoh yang bernama Justera Sdn Bhd. Justera sebuah anak syarikat Construction and Supply House Berhad (CASH) yang diketuai oleh Dato Syed Ibrahim, salah seorang kroni Daim Zainuddin. Daim pada masa itu, adalah Menteri Kewangan dan CASH merupakan salah satu daripada banyak syarikat-syarikat depannya.

Justera terlibat dalam banyak kontrak kerajaan seluruh Malaysia tetapi semua kontrak tersebut gagal. Modus operandi Hamzah ialah mendapatkan kontrak dan tuntutan bayaran progress. Kemudian, setelah menerima bayaran daripada kerajaan, dia akan tinggalkan projek tersebut. Projek perumahan Jabatan Agama Kedah dan Lebuhraya Gerik adalah dua daripada berjuta yang diperolehi dengan meninggalkan projek sebelum siap.

Akhirnya, syarikatnya disenaraihitamkan dan dia tidak boleh mendapat kontrak kerajaan lagi. Dia kemudian menukar modus operandinya dengan masuk tender untuk kerja kerajaan dengan harga yang rendah. Kemudian dia akan menawarkan kepada kontraktor lain, kebanyakannya Cina, untuk tarik diri dan memberi laluan kepada mereka mendapatkannya dengan menetapkan harga sebagai bayaran.

Hamzah tidak lama selepas itu, menjadi kaya-raya dengan hanya masuk tender dan tarik diri dengan bayaran RM500,000 bagi setiap kontrak. Pada kadar lima hingga enam kontrak sebulan, berjuta telah dikumpulkan dalam bank akaunnya.

Itulah sebab dia bernilai lebih daripada apa yang telah diarahkan oleh mahkamah bagi bekas isterinya iaitu sebanyak RM11.206 juta, yang hanya sedikit daripada apa yang dimilikinya.

Tetapi bukan itu saja. Masih ada lagi kisah Hamzah Zainuddin yang sensasi yang anda tidak tahu.

Hamzah jual dadah yang dilarang kepada lading babi

Antara ‘pencapaian’ terhebat Hamzah ialah menjual produk ubatan yang diharamkan kepada ladang babi. Dan berikut ialah bagaimana Hamzah lakukan.

Hamzah mewujudkan sebuah syarikat bernama Medik & Kimia 2000 Sdn Bhd. Medik & Kimia berlagak sebagai pengimpot rasmi bagi Rhone Poulenc, sebuah syarikat Perancis dengan kepentingan kerajaan Perancis. Pengurus Rhone Poulenc, James Aw, mempunyai kepentingan dalam Medik & Kimia 2000 dan merupakan rakan kongsinya.

Medik & Kimia 2000 mengimpot dadah bagi ladang babi dan ayam daripada Perancis.

Tetapi mengapa Rhone Poulenc perlu melantik Medik & Kimia 2000 sebagai syarikat pengimpot? Mengapa Rhone Poulenc, sendiri tidak boleh mengimpot dadah tersebut?

Kerana dadah tersebut tidak diluluskan oleh Jabatan Haiwan.

Dadah tersebut diimpot dengan udara melalui Subang Airport dan pegawai kerajaan di Subang dibayar dengan lumayan bagi menutup mata akan pengedaran dadah yang dilarang.

Tetapi bukan saja pegawai di Subang yang dibayar. Setelah dadah tersebut tiba di ladang babi dan ayam, mata pegawai Jabatan Haiwan sentiasa memerhati, bagi memastikan babi dan ayam yang diternak tidak menggunakan dadah yang dilarang.

Bagi memastikan tiada ladang babi atau ayam yang menjadi pelanggan Medik & Kimia 2000, diserbu oleh Jabatan Haiwan – atau, jika mereka diserbu, mereka akan dimaklumkan dahulu supaya dadah yang dibekalkan dapat disorokkan di tempat yang selamat – bos di Jabatan Haiwan Mustapha Babjee, tentunya sudah dibayar.

Mustapha Babjee dan pegawai di lapangan terbang Subang mendapat berjuta. Bayangkan berapa banyak syarikat Medik & Kimia 2000, dapat?

Bila Mustapha Babjee bersara daripada Jabatan Haiwan, Rhone Poulenc dan Medik & Kimia 2000, tidak boleh teruskan jenayah mereka. Sebagai ucapan selamat tinggal, mereka mengeluarkan RM1.3 juta dalam bentuk tunai dan menutup Medik & Kimia 2000.

Bagi melindungi diri mereka, James Aw dan Hamzah membuat dokumen jaminan palsu bagi menunjukkan kepada ibu pejabat Perancis, bahawa RM1.3 juta ‘wang yang hilang’ dijamin oleh dua orang.  Mereka kemudian menyaman dua ‘penjamin’, yang tiada kena-mengena dengan syarikat tersebut, dan isytihar muflis. James Aw dan Hamzah, setelah membuat duit berjuta-juta ringgit selama beberapa tahun menjual dadah yang dilarang kepada ladang babi dan ayam, mengucapkan selamat tinggal dan mendapat hadiah RM1.3 juta dan dua orang yang tidak bernasib baik menjadi muflis dalam proses itu.

Ya, Hamzah memang bernilai wang yang banyak. Dia juga kaya-raya dengan bekas isterinya diserahkan tuntutan penyelesaian cerai sebanyak RM11 juta. Itu hanya sebahagian daripada keseluruhan hartanya. Kata Noraini, Hamzah bernilai lebih daripada itu, tetapi dia tidak mempunyai maklumat lengkap. Oleh itu, dia mengambil beberapa tahun sebelum dia menyaman Hamzah. Dia sedang cuba menjejaki semua harta Hamzah, kerana dia tahu, ada banyak lagi harta yang masih disembunyikan.

Hari ini, Hamzah Zainuddin tidak lagi seorang yang tidak dikenali. Kini, seluruh rakyat Malaysia tahu siapa dia dan kegiatannya. Dan dia tidak lebih daripada seorang lagi konspirator yang memfitnah Anwar dan membuat kekayaan dengan merompak golongan termiskin, perasuah, penipu, menjual ubatan haram yang dilarang kepada ladang babi, dan gagal menjual isterinya kepada Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kontrak kerajaan.