Seruan Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 8:29 PM

MINDA ANWAR

Dasar Perjuangan Keadilan akan lenyapkan BN

Keputusan Pilihan Raya ke 11 pada bulan Mac lepas, menunujukkan kekalahan teruk di pihak PAS dan Keadilan. Ia bukan persoalan keputusan yang tidak menentu tetapi penipuan habis-habisan. Kebanyakan kawasan mempunyai peratus keluar mengundi yang tidak munasabah sehingga 90 peratus. BN telah rancang mainan angka ini dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga jentera mereka di akar umbi. Tambahan kepada itu, persempadanan semula telah membuatkan pembangkang bertarung dengan lawan yang rata-rata terlalu kuat.

PAS ditonjolkan oleh media BN sebagai parti politik fundamentalis, mirip Taliban, jika dibiarkan berkuasa akan membawa negara kepada pemerintahan ala-Taliban. Perbuatan menakut-nakutkan dan tidak etika ini, dilakukan dengan sepenuhnya dimedia cetak dan elektronik bagi menakutkan rakyat, khususnya bukan Islam.

PAS perlu mengambilkira bahawa mereka belum berbuat secukupnya untuk menghapuskan persepsi negatif ini. Tanggapan yang diberi, adalah PAS begitu taksub ingin membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Tidak dinafikan tipu muslihat dan propaganda BN yang tidak henti-henti, mengeksploitasi perkara ini. Dan segala usaha PAS untuk mempamerkan kemanusiaan, demokratik dan adil berdasarkan pandangan sejagat digelapkan begitu sistematik sekali.

Persepsi ini amat tersasar, kerana ia membawa kepada mengatakan, bahawa mereka yang tidak mengundi BN, adalah anti demokrasi dan pro-Taliban. Tidak termasuk  penipuan yang berlaku, hampir separuh daripada jumlah pengundi, tidak mengundi BN. Bagi pengundi di bandar, ramai yang mengundi untuk DAP dan Keadilan. Semua ini terdiri daripada sebahagian besar kelas pertengahan golongan professional dan bisnes.

Kita perlu jauhi fahaman bahawa negara Islam dibahagikan kepada kumpulan yang sederhana dan fundamentalis! Ia sama keji dan hina menggunakan label Islam sederhana sebagai topeng dan perisai bagi menutup segala perbuatan keji yang dilakukan dan terus berkuasa; melenyapkan pembangkang, dan meneruskan perbuatan korup dan cara kuku besi.

Ia satu tamparan kepada institusi masyarakat madani dan perundangan apabila kerajaan mengekalkan kuasa melalui proses yang dicemari dengan pelbagai penipuan. Meskipun begitu, pembangkang perlu membentuk satu barisan yang bersatu dengan agenda yang jelas dalam memperjuangkan demokrasi dan menghidupkan api kebebasan, keadilan dan perundangan, dalam konteks masyarakat Malaysia yang moden dan pelbagai wajah yang menarik, di mana setiap suara diambilkira.

Keadilan memenuhi keperluan yang mendalam, masyarakat Malaysia. Ia berpegang kepada segala yang kurang dalam negara, yang disalah perintah oleh BN. Ia berpegang kepada kebebasan, keadilan, merdeka dan paling penting ialah memberi keadilan bagi setiap individu. Kejahatan perkauman dan rasuah, langsung tiada tempat dalam agenda Keadilan. Ini yang membuatkan Keadilan sangat merbahaya sebagai idea menjadi realiti.  Oleh itu, segala tipu helah dan taktik kotor digunakan terhadap Keadilan. Diselang-seli dengan usaha menggagalkan segala yang didokong oleh Keadilan dan memastikan segala perbuatan jahat menuduh saya terus tidak mendapat pembelaan, agar rakyat Malaysia percaya, bahawa tiada berlaku kegagalan proses keadilan terhadap diri saya yang dilakukan melalui mahkamah-mahkamah Malaysia.

Dengan itu, perbuatan merasuah beberapa ahli Keadilan oleh kepimpinan BN, timbul disebabkan terdesaknya usaha PM Abdullah untuk mengalahkan Azizah di Permatang Pauh.

Kami tidak akan undur dalam memperjuangkan perjuangan murni ini. Kami akan dedahkan pembohongan besar yang telah dilakukan ke atas pengundi oleh BN, dibantu dan bersekongkol oleh SPR yang dayus, buta akan tanggungjawabnya kepada Agong dan Negara dalam memperhambakan dirinya kepada tuan-tuan politik mereka. BN akan kembali kepada dirinya yang sebenar tidak lama lagi; cara mengurus negara dengan amalan rasuah dan cengkaman kuatnya ke atas rakyat dan negara. Pada masa itu, baru rakyat sedar bahawa mereka telah diperdayakan, bahawa Abdullah menjadi penawar bagi semua penyakit yang dialami negara, akibat daripada pemerintahan Mahathir yang berpuluh-puluh tahun lamanya, tinggal janji-janji palsu. Pada masa itu, baru Keadilan dapat memainkan peranannya yang sebenar, bersama parti-parti pembangkang lain dan kumpulan masyarakat madani, bagi membawa Reformasi menyeluruh kepada sistem yang korup.

Menggunakan agensi pengiklanan, serta kuncu-kuncu yang dibayar, Abdullah digambarkan sebagai seorang yang bersih, memerangi rasuah. Tetapi hakikatnya ialah menteri-menteri yang korup masih berkuasa; amalan nepotisme berterusan sementara, masih ramai yang ditahan di bawah ISA.

Media yang dikawal oleh BN terus menggunakan isu saya tidak lagi menjadi ancaman kepada BN. Jika saya tidak lagi menjadi isu atau ancaman, mengapa perlu mengawal ketat kehakiman dan membuat satu proses yang mudah, seperti permohonan ikat jamin mengambil hampir setahun untuk didengar; hanya untuk ditolak bulat-bulat? Jika saya begitu tidak relevan, mengapa perlu pemimpin-pemimpin BN heboh mengatakan saya tidak relevan? Adakah itu perbuatan menghilangkan rasa resah-gelisah mereka akan keadaan yang sebenar?

Ia nampak baik dari segi politik bagi Abdullah Badawi memastikan saya kekal dalam penjara. Saya faham, bahawa dia mempunyai perasaan dendam yang mendalam terhadap saya. Perbuatan Abdullah merujuk keadaan saya kepada kehakiman yang bebas adalah satu penghinaan kepada kebenaran. Ia suatu fakta yang telah didokumen dan disahkan oleh perundangan antarabangsa dan pertubuhan hak asasi bahawa seluruh siri perbicaraan dicemari dan mempersendakan keadilan. Oleh itu, kenyataannya hanya mendedahkan sikap hipokrit, yang akan menjadi mercu tanda kerjayanya sebagai PM.