Seruan Keadilan Online - Friday, April 30, 2004 8:34 PM

RENCANA

Indonesia lwn Malaysia: Media dan Demokrasi

Berjiran, Malaysia dan Indonesia sering digambarkan dalam senario bertentangan. Indonesia dilihat seperti abang yang gagah berani dengan parut daripada pemerintahan diktator yang kejam dan menghadapi krisis militan Islam. Malaysia sebuah "model demokrasi Islam" yang pesat membangun, cahaya harapan bagi rantau ini - reputasi yang dikukuhkan lagi dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) mengalahkan pembangkang yang diketuai oleh kumpulan 'fundamentalis', dalam pilihan raya bulan lepas.

Ironisnya, walaupun Indonesia, baru saja tamat pilihan raya keduanya semenjak kemerdekaan dalam tahun 1954, ia sudah pun melaksanakan tindakan yang lebih demokratik daripada Malaysia, yang kononnya telah mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil semenjak 1950an. Keputusan presiden Indonesia B J Habibie, setelah jatuhnya Suharto dalam tahun 1998, untuk membebaskan media, ialah sebab utama senario ini berlaku.

Pada Isnin, 24 Mac, di Indonesia, 24 parti telah bertanding untuk kerusi parlimen. Mereka mungkin tidak mendapat liputan media yang sama, tetapi terdapat sedikit  jika ada, dakwaan bahawa berlaku konspirasi anjuran kerajaan yang menghalang liputan. Dalam pilihan raya  Malaysia bulan lalu, hanya dua pakatan yang wujud, dan hanya satu saja yang menerima liputan yang dikatakan adil.

Bagi mereka yang dalam Barisan Nasional, prestasi media milik kerajaan tidak ketandusan 'bintang'. Media bukan saja memberi golongan 'sederhana'(moderates), kelebihan yang berat sebelah, beberapa minggu sebelum pilihan raya, malah, mereka memadamkan kebimbangan awam tentang berbagai dakwaan yang SPR dan BN berpakat melakukan penipuan.

Wong Chun Wai, penolong ketua pengarang akbar pro-kerajaan The Star, menafikan analisis tersebut. Katanya, akbarnya ada menerbitkan iklan bagi pembangkang. "Media Malaysia adalah demokratik. Tiada keperluan bagi mengubah keadaan yang ada." Dia membawa perhatian kepada pembangkang yang diketuai kaum Tionghua, DAP, yang menang lebih kerusi kali ini, dan bagi pembangkang yang yang tidak begitu bernasib baik adalah kerana pendirian mereka, bukan kerana liputan media.

Tetapi ramai yang lain mengatakan sebaliknya, iaitu pengaruh media kepada pengundi, terutama semasa pilihan raya, memang ada kesannya.

Dalam banyak keadaan, liputan kempen media Malaysia, lebih licik dan bersungguh daripada yang lepas-lepas. Satu tajuk utama muka depan mengatakan ekonomi Malaysia "amat memberangsangkan" - kenyataan yang sesetengah pakar ekonomi tidak sanggup mengesahkan. Liputan yang tidak memperkecilkan pembangkang diletakkan dimuka dalam, di sudut paling bawah dan di ceruk-ceruk. Iklan di televisyen sentiasa menunjukkan rakyat Malaysia hidup dengan penuh bahagia. Iklan tidak menyebut siapa yang membayarnya, tetapi dengan BN memerintah semenjak tahun 50an, mesejnya amat jelas.

Lima bulan lepas, ada harapan yang keadaan media di Malaysia akan berubah. Itu apabila Abdullah Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri (dilantik oleh Mahathir, yang terkenal dengan pemerintahan otokratiknya). Abdullah dilihat sebagai seorang yang bertolak ansur dan bersungguh menghapuskan rasuah. Tetapi harapan tersebut semakin pudar apabila Abdullah memecat seorang ketua pengarang akbar berbahasa Inggeris kerana menerbitkan satu rencana yang mengkritik dasar luar kerajaan. Selepas itu harapan semakin terhakis apabila berlaku penipuan dalam pilihan raya umum.

Dengan sokongan media yang begitu kuat, "Apakah insentif yang kerajaan dapat jika membuka media kepada pembangkang?" bertanya Eric Paulsen, penyelaras pertubuhan Voice of People of Malaysia.

Kita mungkin akan fikirkan banyak - untuk membentuk dan mengembangkan ekonomi berdasarkan ilmu; bagi mengawal kuasa dan hapuskan rasuah; bagi merangsang perdebatan umum mengenai isu-isu penting. Tetapi bagi membuatkan kerajaan menerimanya, satu perkara yang berbeza. Prestasi BN bulan lepas, yang terbaik semenjak 1955. Mengapa mahu ubah kejayaan?

Sebilangan para analis mengatakan, hanya dengan mobilisasi awam, mungkin satu-satunya perkara yang mampu memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia untuk berubah. Di Indonesia, protes awam telah membawa kepada tumbangnya diktator Suharto dan seterusnya memansuhkan  sekatan media. Sungguhpun kerajaan telah selepas itu, beberapa kali mengancam menghalang kebebasan tersebut, rangkaian aktivis di Indonesia telah memberi amaran yang jelas bahawa kebebasan tidak akan ditarik tanpa pertarungan.

Berbeza dengan Malaysia, rakyatnya tidak menunjukkan kecenderungan yang kuat kepada aktivisme sosial. Keadaan baik bagi semua. Ekonomi stabil; taraf kehidupan lebih tinggi daripada Indonesia; di Malaysia kurang keadaan terhimpit yang dapat melahirkan tindakan. Juga, kerajaan mempunyai undang-undang ketat yang menyekat perhimpunan awam; Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang berhak menahan sesiapa tanpa perbicaraan, telah menakutkan ramai yang ingin menjadi aktivis.

"Menghalang kepada perubahan, tiada akan berubah," kata Ibrahim Sffian dari Merdeka Center sebuah pertubuhan mengkaji pendapat umum.

Yang paling hampir kepada 'perubahan' di Malaysia dalam masa terdekat ialah akhir 90an, di mana Mahathir memenjarakan timbalannya Anwar Ibrahim atas dakwaan liwat dan rasuah. Masyarakat umum hilang kepercayaan kepada kerajaan dan media, bersama dengan kepesatan Internet, menyaksikan bercambahnya laman-laman web reformasi, dan beribu-ribu keluar di jalanraya.

"Kini hanya satu atau dua laman reformasi - daripada lebih seratus - yang tinggal," kata Suffian.

Semasa skandal, pembangkang Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menang negeri kedua. Sementara ramai pengundi yang berpaling kepada pembangkang kerana mereka merasa diperdaya oleh Mahathir dan BN, media telah banyak membuatkan rakyat dan parti bergerak.

Semenjak pilihan raya tersebut, beberapa laman web bebas dan dipercayai telah muncul. (Mahathir berjanji tidak akan campur tangan dengan kandungan web). Umumnya, warga Malaysia mengambil kandungan dalam media yang dikawal kerajaan. Dari gerai makan kepada klinik gigi, rakyat Malaysia didapati tenggelam dalam akbar yang dikawal kerajaan.

Kajian Merdeka Center mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak percaya apa yang mereka baca dalam akbar yang dimiliki kerajaan. Tetapi persoalannya, apakah yang mereka baca dengan begitu serius jika tidak kerana maklumat "berguna" - tentu bukan hanya menghiburkan hati?

Kadang-kadang sikap awam yang tidak kisah telah membuatkan sesetengah membela situasi tersebut. Kita sering dengar mereka mengatakan rakyat belum matang untuk media terbuka, mengulangi kata-kata dizaman penjajah dan dipupuk oleh parti pemerintah selepas itu.

Tetapi peguam Sivarasa Rasiah, naib presiden Keadilan, tidak menyalahkan awam. "Adalah amat biasa untuk tidak mencari maklumat," "Tanggungjawab terletak di atas bahu kita, dan kami telah tidak berjaya pergi kepada mereka."

Menurut Siva, jika pembangkang ada peluang menang di masa hadapan, mereka perlu fikirkan bagaimana mendekati masyarakat. "Ia halangan utama yang kami hadapi," katanya. "Itulah satu-satunya cara memecahkan benteng parti pemerintah.."

Pemimpin pembangkang berkata mereka akan masuk ke dalam internet tetapi tahu, itu tidak memadai, jika kadar penggunaan yang ada sekarang. Ada kemungkinan ia akan menjadi alat sebaran yang bekesan jika kempen penggunaan Internet diperhebatkan, sehingga setiap rumah mempunyai capaian dan lebih banyak pilihan tv internet disediakan.

Dalam keadaan yang benar-benar mencengkam, seorang pemimpin menyebut, "Kami mungkin gunakan cara yang digunakan di Eropah Timur semasa era komunis: senyap-senyap menjual akbar di tepi-tepi jalan."

Memang benar, ramai pemerhati gembira  dengan keputusan pilihan raya yang memberi maksud tersirat - atau dapati matlamat menghalalkan cara. Satu sidang pengarang, menulis bahawa dalam pilihan raya kali ini, "Rakyat Malaysia menunjukkan 'gelombang hijau' - mampu dihentikan dengan cara demokratik."

MGG Pillai, menulis dalam laman webnya, melihat perkara tersebut sedikit berbeza: "Dengan pilihan raya umum kali ini, kita telah jatuh ke tahap Dunia Ketiga, yang kita telah berusaha bertahun-tahun untuk keluar daripadanya."

Selagi media yang dikawal oleh kerajaan yang menentukan arahtuju, rakyat Malaysia akan terus-menerus mendapat pandangan yang senget dan memuji diri sendiri. Pagi, setelah pilihan raya Indonesia, akbar Star yang dimiliki kerajaan, membawa tajuk yang berbunyi: "Shortages and confusion over voting card hamper Indonesian elections". Berita tersebut sukar didapati luar Malaysia, yang memberi gambaran negara jiran masih bermasalah mengendalikan pilihan raya.