Seruan
Keadilan Online - Wednesday, July 30, 2003 12:02 AM
Proton
bukan idea Dr. Mahathir
Projek kereta
nasional, Proton yang selama ini digembar-gemburkan sebagai projek
cetusan idea Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya merupakan
usaha perniagaan yang dibuat oleh rakyat Singapura yang rapat dengan
Dr. Mahathir.
Berdasarkan
maklumat dan analisa yang dibuat melalui pendedahan peranan Rin
Kei Mei, seorang warga Singapura di dalam EON Berhad, dapat disimpulkan
bahawa idea untuk membuat kereta nasional datangnya daripada kepentingan
perniagaan Rin Kei Mei sendiri.
Menurut
beberapa sumber yang mengenali Rin Kei Mei, hubungan rapat Rin dan
Dr. Mahathir sejak Dr. Mahahtir menjadi Pengerusi FIMA dan kemudian
selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi pencetus
kepada bertautnya kepentingan perniagaan warga Singapura itu di
dalam beberapa projek nasional.
Difahamkan
idea untuk mewujudkan projek kereta nasional datangnya dari Rin
Kei Mei yang mempunyai hubungan rapat dengan Mitsubishi Corporation
yang menjadi syarikat kerjasama pengeluar kereta Proton.
Hakikat
ini dapat dibuktikan melalui syarikat Rin Kei Mei, Kualapura Sdn
Bhd yang menurut catatan syarikat itu dimiliki 50 peratus oleh Rin
dan 25 peratus oleh Mitsubishi Corporation dan 25 peratus lagi oleh
Mitsubishi Motor Corporation.
Rin Kei
Mei dikatakan bertanggungjawab membawa idea penubuhan Proton dan
membawa bersama Mitsubishi sebagai rakan kongsinya untuk meyakinkan
Dr. Mahathir untuk melaksanakan projek kereta nasional berkenaan.
Dr. Mahathir
yang akhirnya bersetuju dengan idea pengeluaran kereta nasional
berkenaan telah menggunakan seluruh sumber kerajaan untuk membawa
Mitsubishi bersama-sama menjayakan idea Rin Kei Mei tersebut.
Setelah
berhasil, Proton disebut-sebut sebagai idea Perdana Menteri dan
beliau disifatkan sebagai arkitek kepada industri berat negara ini.
Namun hakikatnya
menjelang persaraan beliau, sejarah tidak dapat diubah apabila terbukti
Rin Kei Mei melalui syarikatnya Kualapuara Sdn Bhd yang turut dimiliki
bersama oleh Mitsubishi adalah pencetus idea berkenaan bukannya
Dr. Mahathir.
Persoalan
yang timbul selepas Proton dilancarkan, Rin Kei Mei tidak berhenti
setakat itu sahaja malah membawa idea penubuhan syarikat pengedar
kereta nasional yang dikenali Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON
Berhad).
Rin Kei
Mei bukan sahaja membawa idea penububuhan Proton tetapi dengan kepentingan
perniagaan menjadi pencetus kepada penubuhan EON Berhad dan beliau
merupakan pemegang saham berpengaruh dan besar di dalam EON Berhad.
Apa yang
jelas idea yang kononnya dicetuskan oleh Dr. Mahathir sebenarnya
membuka ruang `rezeki' yang besar kepada seorang warga Singapura
- Rin Kei Mei.
|