Seruan Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:10 AM

Bongkar rahsia JPN

Pilihanraya umum ke 11

Pilihanraya umum ke 11 yang lalu telah berjaya membongkar satu rahsia konpisrasi yang paling jelek Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak diketahui umum . Ini dilakukan semata-mata ingin memastikan kemenangan besar BN teruatamanya di Terengganu. Mengapa Terengganu yang menjadi sasaran utama?.

Kita melihat disamping pelbagai keadaan yang yang bercelaru dan kelama kabut yang ditimbulkan oleh SPR, terutamanya yang dicetuskan oleh pegawai-pegawai kanan SPR yang telah melakukan segala bentuk penyelewengan dan penipuan semata-mata untuk memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional, terdapat dua fakta yang telah dilupai oleh para pengundi.

Pertamanya, dengan apa cara sekalipun , BN mesti merampas kembali Terengganu. Ini adalah kerana kerajaan Terengganu telah memfailkan saman terhadap Petroleum Nasional Berhad (Petronas) dan kerajaan persekutuan pada 8 Mac 2001 kerana kegagalan Petronas untuk membayar royalti minyak 5 peratus kepada pihak negeri.

PAS memperolehi kejayaan besar menawan Terengganu pada pilihanraya 1999. Selepas membuat pembayaran pertama  pada bulan mac 2000, Petronas enggan membayar royalti seterusnya sebanyak RM850 juta pada 1 September 2000 yang mana jumlahnya tertunggak pada pertengahan tahun pertama tahun 2000.

Sehingga Mac 2004, jumlah terkumpul yang belum berbayar kepada Terengganu mencecah RM3.8 billion.

Saman terhadap Petronas telah difailkan pada Mac 2001 namun kes tersebut masih tertangguh. Namun, berdasarkan kepada Akta Petroleum  jelas membuktikan secara perundangan bahawa Petronas bertanggungjawab untuk mebayar royalti kepada Terengganu. Dengan itu kerajaan Negeri Terengganu mampu memperolehi pendapatan berbilion ringgit dan berupaya membangunkan negeri Terengganu.

Tetapi, malangnya wang tersebut tidak dinikmati oleh kerajaan Terengganu. Ia telah disamun oleh UMNO dalam bentuk Wang Ehsan dan ianya akan memberi beban yang cukup perit kepada Petronas untuk membayar kepada kerajaan Terengganu sekiranya mahkamah mengarahkannya berbuat demikian.

Tindakan yang paling selamat  untuk UMNO ialah menawan semula Terengganu dengan apa cara sekalipun. Dengan yang demikian, kerajaan baru UMNO  akan menggugurkan kes berkenaan terhadap Petronas. Jadi, UMNO dan Petronas tidak perlu memeningkan kepala memikirkan  masalah untuk  mencari wang untuk membayar kerajaan negeri.

Sebaik sahaja Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan (kecuali di Sarawak), UMNO meletakkan keutamaan untuk merampas kembali Terengganu dengan apa cara sekali pun, walaupun terpaksa bermain kotor. Sekiranya, gagal, UMNO bersama Petronas akan menghadapi kesusahan.

Tetapi, BN tidak dapat melakukan konspirasinya tanpa bantuan SPR, dan SPR tidak dapat lakukannya tanpa bantuan Jabatan Pendaftaran Negara, jabatan kerajaan yang mengeluarkan kad-kad pengenalan kepada para pengundi.

Kebanyakan daripada penonton TV yang menyaksikan keputusan pilihanraya yang disiarkan secara langsung daripada pusat operasi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur mungkin dapat mengenali akan wajah seorang  yang sentiasa duduk diantara Abdullah dan timbalannya, Najib Abdul Razak, sepanjang malam tersebut.

Beliau menampakkan wajah yang tersengih-sengih setiap kali keputusan diumumkan yang berpihak kepada BN, seolah-olah sudah tahu akan keputusannya. Mengapakah seorang kakitangan kerajaan berpangkat tinggi berada dalam majlis politik seperti ini?

Beliau yang dimaksudkan ialah Aseh Che Mat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang berkuasa penuh terhadap Jabatan Pendaftaran Negara.

Asehlah orang yang memainkan peranan utama disebalik kejayaan besar BN. Selain daripada mainan wayang yang tunggang langgang yang semuanya berpihak kepada BN, Asehlah orang yang bertanggungjawab yang telah menjadikan BN menang besar.

Buktinya adalah seperti berikut:

Berdasarkan Berita Harian 23 Mac yang menyiarkan keputusan penuh pilihanraya, terdapat perbezaan ketara diantara pengundi berdaftar dan undi-undi yang berpihak kepada BN dan juga Barisan Alternatif (BA).

Bagaimana boleh terdapat lebihan pengundi seramai 151,676  berbanding dengan pengundi-pengundi berdaftar? Sudah semestinyalah ianya hasil kerja Jabatan Pendaftaran yang telah  mewujudkan lebihan pengundi-pengundi  menerusi pengeluaran kad-kad pengenalan.

Kebanyakan pengundi dan parti pembangkang telah mengheret SPR dengan menuduh badan tersebut menjalankan pilihanraya terkotor dalam sejarah negara.  Tetapi peranan Aseh Che Mat,  sebagai tangan yang tersembunyi juga tidak harus kita lupakan. Dia juga patut dipersalahkan sepertimana  UMNO dan SPR yang menjadikan  Pilihanraya ke 11 ini yang terkotor dan yang paling memalukan.