Seruan
Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:26 AM
Lembah
Pantai akan hantar laporan lengkap kepincangan SPR ke Pusat
Oleh:
Faisal Mustaffa
Kawasan
parlimen Lembah Pantai telah selesai membuat laporan mengenai proses
pengundian yang diadakan pada 21 Mac lalu.
Majlis
penyerahan laporan lengkap itu telah diadakan pada 28 Mac 2004 sempena
jamuan terima kasih Keadilan lembah Pantai kepada pengundi, uskarelawan
dan pekerja-pekerja kempen sepanjang pilihanraya lalu.
Calon
Keadilan Lembah Pantai, Dr Sanusi Osman berkata, beliau tidak dapat
menerima kekalahan yang sebegitu teruk di kawasan pertandingannya.
Sambutan rakyat Lembah Pantai dan kebencian penduduk terhadap pentadbiran
Barisan Nasional amat di luar dugaan.
Dr
Sanusi yang tidak menetap di Lembah Pantai tidak menyangka sambutan
yang begitu hangat terhadapnya dan sokongan penduduk Lembah Pantai
terhadapnya.
Kekalahan
beliau disifatkan sebagai satu penipuan kerana kes-kes yang diterima
sepanjang pengundia dijalankan.
Mafrel
(badan memantau pilihanraya bebas dan adil) telah menjadikan Lembah
Pantai sebagai sample kajian mereka dan mendapati pengundi-pengundi
hantu paling ramai didapati di kawasan tersebut.
"Beratus-ratus
kes telah diterima akibat kesilapan SPR diterima di kawasan Lembah
Pantai termasuk satu rumah yang mengandungi 195 pengundi yang berdaftar",
ujar Dr Sanusi.
"Ini
amat tidak dapat diterima dan beliau bersama penyokong-penyokongnya
dari Lembah Pantai akan bekerjasama dengan Keadilan pusat dalam
mengambil tindakan politik dan undang-undang", kata Dr Sanusi
lagi.
Beliau
menyokong seruan presiden Keadilan yang menggesa untuk mewujudkan
satu badan suruhanjaya bebas untuk menangani masalah ini dan adakan
pilihanraya semula.
|