Seruan
Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:28 AM
Pilihanraya
Paling Teruk dalam Sejarah - Mafrel
Oleh:
Faisal Mustaffa
Mafrel,
sebuah badan bebas dalam memantau proses pilihanraya adil dan bebas
telah merumuskan bahawa pilihanraya umum lalu adalah pilihanraya
yang paling teruk dan tidak teratur dan paling pincang dan sejarah
negara sejak Merdeka.
Dalam
kenyataan akhbarnya bertarikh 24 Mac 2004, SPR sebagai institusi
awam yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihanraya ternyata
gagal samasekali menjalankan pilihanraya secara bebas dan adil.
Kegagalan ini menimbulkan kesangsian terhadap kesahihan perjalanan
pilihanraya umum lalu dan juga kesahihan terhadap mandat pembentukan
Kerajaan di semua peringkat.
Menurut
pengerusi Mafrel, Abd Malek Hussin, kegagalan dan kepincangan pilihanraya
lalu menuntut kepada keperluan untuk kajian semula dan semakan terhadap
sistem dan proses pilihanraya di Malaysia agar sesuai dan menepati
kehendak semasa dan perubahan zaman.
"MAFREL
mengesyorkan supaya perubahan dan pembaharuan dilakukan terhadap
sistem dan proses pilihanraya", ujar Malek Hussin.
Mafrel
merumuskan bahawa sistem pilihanraya Malaysia yang diwarisi dari
penjajah British sudah lapok dan perlu dikaji keberkesanannya dalam
konteks perkembangan terkini. Badan itu mencadangkan supaya pembaharuan
dilakukan untuk memperkenalkan sistem pilihanraya perwakilan berimbang
atau "proportionate representation" bagi menggantikan
"Westminster democracy" yang menggunakan sistem pilihanraya
berkawasan atau "constituency electoral system" yang terbukti
tidak sesuai dan menimbulkan permasalahan rumit seperti yang berlaku
dalam pilihanraya yang baru lalu.
|