Seruan
Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:29 AM
PPP
Perak sertai Keadilan
Oleh:
Fauzi Muda
People's Progressive Party
(PPP) Perak telah memilih Keadilan sebagai wadah perjuangan politik
mereka kerana sifat pilih kasih Barisan Nasional yang hanya mengutamakan
MIC, Gerakan, MCA dan Umno.
Diantara
500 ahli PPP yang menghantar boring permohonan mereka menyertai
Keadilan ialah En Ayyathurai a/l Achutharaman, bekas Setiausaha
Agong PPP Malaysia dan Timbalan Pengerusi PPP Perak. Beliau juga
ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh. Ayyathurai telah meletakkan jawatannya
serta merta di semua peringkat PPP dan kerajaan.
Pengerusi
jawatankuasa hal ehwal kaum Punjabi dan Perak, Harder Singh juga
bertindak untuk menyertai Keadilan di majlis yang sama pada 8 Mac
lalu.
Ekoran
daripada tindakan mereka keluar parti beramai-ramai itu, sebanyak
12 cawangan PPP di sekitar Ipoh Barat dan Ipoh Timur telah dibubarkan.
Keahlian di kedua-dua kawasan tersebut ialah bermajoritikan kaum
India dan selebihnya masyarakat Singh dan Cina.
Menurut
Ayyathurai, Barisan Nasional telah meminggirkan PPP dalam Pilihanraya
lalu apabila hanya satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun diperuntukkan
kepada mereka sedangkan PPP sebuah parti lama dan mempunyai ahli
melebihi 400 ribu.
"Selepas
tindakan kami menyertai PPP, saya percaya lebih ramai lagi ahli-ahli
dan pimpinan PPP dari seluruh Peran dan Malaysia akan mengambil
tindakan sama sehingga melibatkan banyak bahagian dan cawangan PPP
akan dibubarkan", ujar Ayyathurai.
Pengerusi
Perhubungan Keadilan Perak, Tn Hj Osman Abd Rahman bersama pucuk
pimpinan Perak lain yang terdiri daripada Mohamad bin Mohd Said
(setiausaha perhubungan) dan ketua bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda
telah menerima permohonan keahlian PPP Ipoh dan berjanji akan menjadikan
mereka sebagai asset parti khususnya bagi menerajui masyarakat India
dalam memastikan Barisan Nasional akan hilang pengaruh mereja di
kalangan masyarkat bukan Melayu.
|