Seruan
Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:34 AM
Keadilan:
Tolak Pilihan Raya sehingga buat perubahan
KeADILan
hari ini menolak keputusan Pilihan Raya 2004 dan menyeru diadakan
pilihan raya semula dan sebuah Suruhanjaya Bebas ditubuhkan jika
kerajaan baru Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, ingin dilihat
sebagai kerajaan yang sah.
KeADILan
seperti juga PAS dan DAP telah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) untuk bertanggungjawab sepenuhnya bagi segala kelemahan dalam
pengendalian pilihan raya 2004, dan pengerusinya Abdul Rashid Abdul
Rahman meletak jawatan.
Kami
tidak dapat terima kesahihan keputusan pilihan raya. Kami menyeru
diadakan pilihan raya semula dan saya bersedia untuk hadapi pilihan
raya yang baru, kata Presiden Keadilan Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya,
walaupun Keadilan telah membuat aduan sebelum pilihan raya tentang
daftar pengundi yang tidak bersih, pihak SPR masih meneruskan hari
mengundi pada 21 Mac.
Ini
membuktikan suruhanjaya tersebut yang bertanggungjawab atas pengurusan
pilihan raya yang adil dan bebas sebenarnya bukan saja tidak efisyen
tetapi juga tidak bersedia melakukan tugas yang diberikan, katanya.
Pada
Isnin, selepas beberapa pengiraan semula, Wan Azizah diisytiharkan
pemenang kepada kerusi parlimen Permatang Pauh sebelum ini dipegang
oleh suami beliau iaitu bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim
menang dengan majoriti tipis 590 undi.
Pemimpin
parti yang lain dikalahkan oleh BN dan beberapa pemimpin Keadilan
telah tidak boleh bertanding dalam pilihan raya ke 11.
Dengan
KeADILan dan PAS kehilangan kebanyakan kerusi kepada BN, Abdullah
mendakwa bahawa gelombang sokongan rakyat menunjukkan mandate daripada
rakyat bagi pentadbirannya.
Unsur penipuan
Dalam
kenyataannya hari ini, Wan Azizah telah menolak keputusan pilihan
raya, mendakwa terdapat ramai yang dinafikan hak mengundi kerana
kelemahan seperti nama tiada dalam senarai daftar pengundi atau
nama-nama telah dipindahkan ke kawasan lain atau negeri lain tanpa
pengetahuan mereka.
Kes-kes
penipuan yang lain juga berlaku, termasuk pengundi-pengundi yang
ditangkap mengundi lebih dari sekali, katanya, tambahnya lagi, ada
sesetengah alamat yang disenaraikan mempunyai lebih 100 pengundi.
Menurut
pemerhati pilihan raya, rumah-rumah di DUN-DUN di semenanjung tidak
mempunyai lebih dari lima pengundi di dalamnya, tidak seperti di
rumah panjang.
KeADILan juga dapati ada
tiga set daftar pengundi yang di keluarkan oleh SPR untuk pilihan
raya kali ini; Mac 3, 15 dan 21, 2004, yang sepatutnya hanya ada
satu.
Ketiga-tiga
senarai tidak konsisten antara satu sama lain, kata setiausaha agong
Mustaffa Kamil Ayub apabila ditemui.
KeADILan juga tidak selesa
dengan keputusan SPR yang melanjutkan masa mengundi di Selangor
selama dua jam, tindakan yang dibuat tanpa mengikuti prosidur yang
betul dan di saat-saat akhir.
Kami
tidak pasti di mana undang-undang (membenarkan masa mengundi dilanjutkan
sehingga pukul 7 malam), tetapi yang pastinya cara diumumkan pada
sekitar 5 petang dipersoal, kata Mustafa.
Ini
bukan bermakna Keadilan tidak dapat menerima kekalahan. Pokoknya,
pembangkang tidak mengiktiraf kesahihan pentadbiran Abdullah Ahmad
Badawwi, dan kami mempunyai bukti kukuh terhadap amalan yang bertentangan,
katanya.
Dalam
beberapa DUN tertentu di Terengganu sebagai contoh, terdapat 98.3%
keluar mengundi , manakala purata yang biasa hanya 60 hingga 70
peratus. Apa makna semua ini? Apa yang sedang berlaku kepada sistem
pilihan raya kita?
’Siasatan
oleh Rakyat’
Naib
Presiden Tian Chua berkata: Kami tidak akan terlibat dalam mana-mana
pilihan raya selagi tiada perubaha. Dengan itu, bersihkan segala
masalah dan tunjukkan ketelusan. Jika tidak, nampak seperti ada
banyak yang hendak disorok.
Sementara
itu, kata Mustafa, parti akan teruskan dua pendekatan, satu mengendalikan
‘siasatan oleh rakyat’ dengan mengadakan rundingan di seluruh negara
untuk mengumpul maklumat dan bukti dan kedua mengemukakan petisyen
kepada mahkamah.
Petisyen
katanya, akan mengendalikan secara khusus pelanggaran yang mempunyai
bukti kukuh seperti seorang pengundi yang mengundi lebih dari sekali.
|