Seruan
Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:34 AM
Raja
Komando menyelar tindakan Wan Ismail mendesak Haji Hadi meletak
jawatan
Pilihanraya
yang ke-11 telah pun berlalu, dan pilihanraya ini dianggap paling
kotor dan keji di sejarah Malaysia
Raja
Kamaruddin Bin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali dengan Raja
Komando, bersetuju dengan tindakan Haji Hadi dan Nik Aziz yang mengistiharkan
mogok terhadap media dan tidak mahu terima keputusan pilihanraya.
Raja
Komando, menyelar kenyataan Wan Ismail mendesak Haji Hadi meletak
jawatan.Dia (Wan Ismail) siapa?.menurut beliau lagi, kenyataan Wan
Ismail ibarat "menjaga tepi kain orang".
"Terpulang
kepada ahli PAS untuk memilih siapakah yang layak menjadi pemimpin
mereka", tegas Raja Komando.
Wan
Ismail bukan ahli PAS lagi, dia tidak layak untuk mendesak Tuan
Guru haji Hadi meletak jawatan.,kalau wan ismail hebat sangat masuk
semula ahli PAS dan lawan jawatan Presiden PAS.
Menurut
Raja Komando, Wan Ismail hanya layak membodek pemimpin BN/ Umno.Berita
media perdana beginilah yang digunakan oleh BN untuk meracun fikiran
rakyat
Perlembagaan dan undang-undang
negara ini bukan untuk menjaga kepentingan rakyat jelata.Lebih ketara
ia digunakan untuk menindas sesiapa saja pengkritik kerajaan BN/Umno.Contoh;kes
Datuk Sri Anwar Ibrahim, Ezam dan Azminyang tidak dibenarkan bertanding.Perasuah
yang dibenarkan mewakili rakyat walaupun terbukti kesalahanmereka.Ini
adalah sebuah kerajaan Demokrasi Diktator.
|