Seruan
Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:36 AM
Pilihan
raya paling kotor dan keji dalam sejarah Malaysia
Raja
Kamarudin bin Raja Abd Wahid (Raja Komando) adalah calon Pilihan
raya kawasan Parlimen Kuala Selangor P.096 dalam pilihan raya ke-11
"Kalaulah
kerajaan BN/Umno meneruskan sistem atau cara Pilihan raya saperti
ini di masa mendatang, seratus (100) tahun lagi kita tidak akan
dapat menumbangkan kerajaan BN/Umno melalui pilihan raya."
Beliau
berkata, Keputusan pilihan raya kali ini adalah satu keputusan kemenangan
majoriti kepada calon-calon kerajaan BN/Umno dengan angka-angka
yang tidak munasabah.
Raja
Komando berkata, Selepas penamaan calon di Kuala Selangor, akhbar-akhbar
pro kerajaan telah menyiarkan berita fitnah terhadap diri saya,
dengan mengatakan saya "Penganjur" (perancang) perhimpunan
Reformasi haram. Pada hal saya tidak pernah dituduh sedemikian oleh
mana-mana pihak berkuasa.
Tiga
hari selepas itu keluar lagi berita fitnah oleh Berita Harian 19
Mac 2004 bertajuk "Jentera Pilihan raya PAS, Keadilan Kuala
Selangor lumpuh". Pada hal tidak ada cawangan keadilan sepertimana
yang disebutkan diakhbar tersebut dan orang yang menyerahkan borang
masuk Umno itu bukan ahli Keadilan. Kemudian keluar lagi diakhbar
"Perdana" Calon BN/UMNO P 96 Daud Tarihep dengan gambarnya
memegang buah mangga yang ditampal dengan gambar dacing untuk diberi
jamu kepada pengundi Kuala Selangor.
Semua
perbuatan lawan saya, Daud Tarihep calon BN/Umno jelas telah menggunakan
media massa dan memfitnah. Perbuatan calon ini semuanya termaktub
dalam Akta kesalahan pilihanraya. Namun demikian beliau tetap ditabalkan
sebagai Wakil Rakyat (Malaysia Boleh?).
Justeru
itu saya termasuk orang-orang yang kalah dalam pilihan raya yang
kotor lagi hina dalam sejarah tanah air. Sudah semestinya saya menyokong
kedua-dua Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang. Bukan kerana kita tidak
menerima hakikat kekalahan, tetapi kalau ianya satu pertandingan
yang adil dan sihat tanpa taktik kotor seperti saya sebutkan di
atas, kita boleh terima.
Perbuatan
menggunakan media melemparkan fitnah kepada mana-mana calon bukanlah
satu kemenangan yang boleh dibanggakan. Kemenangan BN/Umno adalah
satu kemenangan yang kotor dan terhina. Disebaliknya kita yang kalah
merasa bangga dan lapang dada kerana rakyat telah didorongkan kebebasan
mengundi oleh peranan media yang menyebarkan fitnah. Inilah hakikatnya.
Lain-lain
penyelewengan yang berlaku ialah pemindahan tempat mengundi tanpa
diketahui oleh pengundi, pemindahan pengundi dari kawasan luar kawasan,
Buku Daftar Pemilih yang tidak sama di antara yang diberikan kepada
kita dan yang digunakan oleh pondok SPR dan menambah dua jam masa
mengundi di Selangor adalah tidak wajar.
Kita
berani mencabar BN/Umno selepas pilihan raya ini diadakan kajian
selidik kepada seluruh pengundi; bukan hanya lima enam orang yang
ditayang di TV dan akhbar. Apa kata mereka tentang keputusan pilihan
raya kali ini. Kita akan menyemak buku daftar pemilih untuk mengkaji
apakah benar nama-nama pengundi yang tersenarai benar-benar mereka
pengundi tempatan.
Dan
akhir sekali saya mencadangkan sistem mengundi menggunakan cap jari
untuk mengesan kesahihan pengundi sepertimana yang dilakukan oleh
Jabatan Pendaftaran.
|