Seruan Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:51 AM

SURAT

Gangsterism Sekolah dan Gangsterism Negara

Kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Farid Ibrahim, 16, pelajar Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan, Negeri Sembilan sungguh mengejutkan setiap orang yang waras dan berperikemanusiaan.

Dalam kejadian itu, pelajar tingkatan empat tersebut mati setelah dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior sekolah itu.  8 orang pelajar tingkatan 5 sekolah tersebut telah dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati.

Gangsterism di sekolah bukan lagi perkara baharu. Telah 35 pelajar mati akibat gangsterism di

sekolah-sekolah Malaysia. Malangnya masalah ini jadi sureheboh hanya beberapa hari setelah seseorang pelajar mati dibunuh. Selepas itu ia jadi surelupa, sehingga berlaku pembunuhan lagi.

PM, TPM, menteri-menteri dan para pemimpin akan tumpang peluang untuk jadi juara keadilan dan

keamanan. Telunjuk indeks kesalahan biasanya dihalakan kepada pihak sekolah, guru besar, guru-guru dan ibu-bapa.

Sebenarnya gangsterism di sekolah-sekolah adalah setaraf dengan gangsterism di luar sekolah.

Contohnya: Fitnah dan kezaliman yang dilakukan oleh mantan PM, Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diikuti oleh para pelajar sekolah. Rakyat menganut agama pemimpin.

Kini kejahatan dan kezaliman Mahathir di warisi oleh Abdullah Ahmad Badawi. Pilihanraya ke 11 penuh dengan penipuan dan kezaliman yang belum pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.  

Demokrasi telah dibunuh dengan sekumpulan gangster Negara dengan penuh terancang. Bukan lapan orang yang membunuh demokrasi Malaysia, tetapi kumpulan yang sangat besar termasuk SPR dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

Lapan orang pelajar tingkatan 5 sekolah jika bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh Allahyarham Muhammad Farid Ibrahim boleh dihukum gantung sampai mati.  Dollah Badawi, SPR, JPN dll terbabit yang telah membunuh demokrasi dalam Pilihanraya ke 11 wajar dihukum mati.

Gangsterism Sekolah adalah setaraf dengan Gangsterism Negara yang kini dikepalai oleh Abdullah Ahmad Badawi. Setiap orang yang waras dan berperikemanusiaan wajib menghapuskan kedua-duanya.

Oleh Salmah Ahmad