Seruan Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:49 AM

SURAT

Saya ingin merekodkan bantahan saya terhadap laporan berita yang ditulis oleh Badrilla Jamlus dalam akhbar Berita Harian bertarikh 17hb Mac 2004 di bawah tajuk 'Zainur Ramal Peluang KeADILan Tipis'.

Saya membuat bantahan ini kerana saya amat dukacita dengan tindakan akhbar tuan memutarbelitkan kenyataan saya dan tidak menyiarkan kenyataan yang sebenarnya.

Pada mulanya, saya tidak berminat untuk diwawancarakan, tetapi setelah didesak oleh wartawan berkenaan saya bersetuju.

Saya tidak ada membuat sebarang kenyataan semasa wawancara dan menyatakan peluang KeADILan amat  tipis, atau menyifatkan peluang KeADILan dalam pilihanraya umum kali ini amat tipis.

Apa yang saya kata ialah KeADILan percaya mereka mempunyai peluang sepertimana yang dipercayai juga oleh BN. Saya ada juga menyatakan  bahawa peluang pembangkang mungkin sukar sebab faktor Pak Lah.

Saya juga tidak sekali-kali menyatakan bahawa kekeluaran dari parti oleh mereka-mereka seperti

Roslan Kassim akan menggugat kedudukan Keadilan.

Apa yang saya kata ialah Keadilan akan hanya tergugat sekiranya Datin Seri Dr Wan Azizah meningggalkan parti.

Saya kesal bahawa akhbar Tuan mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan kenyataan saya dan harap

kelakuan yang tidak profesional dan beretika semacamini dihentikan.

Saya yang benar,

ZAINUR BIN ZAKARIA