Seruan
Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:40 AM
KOMENTAR
WANITA
Kembalikan
pilihan raya yang adil
Pilihan
raya ke 11 berlalu pantas. Berdiri di hujung tanah besar Asia, saya
terfikir, bagaimana saya wajar namakan pilihan raya yang baru berlalu.
Patutkah
ia pilihan raya yang tersenyap?
Patutkah
ia pilihan raya yang terkotor?
Atau
patutkah ia pilihan raya yang memberi banyak kejutan?
Mungkin
apa yang lebih penting ialah apakah pendedahan dan pengajaran yang
dapat diambil daripada pilihan raya tersebut?
Setelah
mengamalkan demokrasi hampir separuh abad, adakah sesuatu yang perlu
kita fikirkan secara serius dan mengkaji semula sistem demokrasi
kita?
Sistem
demokrasi kita mengambil bentuknya daripada model British. Setelah
melalui 11 pilihan raya umum, adakah sistem demokrasi kita menjadi
lebih kukuh atau lemah daripada sudah-sudah?
45
tahun lalu, apabila kita mula mencuba sistem pilihan raya demokratik
yang baru berputik, kita ada pilihan raya kerajaan tempatan. Tetapi
setelah itu pilihan raya kerajaan tempatan dimansuhkan.
Rakyat
Malaysia dinafikan hak memilih kerajaan tempatan yang dekat dihati
mereka. Pegawai perbandaran dan daerah semenjak itu telah dilantik
oleh kerajaan. Adakah kita panggil itu kemajuan atau mundur ke belakang
dalam demokrasi?
45
tahun lalu, apabila tahap pendidikan teruk, orang awam tidak tahu
bagaimana demokrasi berfungsi. Walaupun begitu, kita masih boleh
adakan perhimpunan awam yang membenarkan penglibatan massa.
Pada
hari ini, perhimpunan awam tinggal sejarah. Begitu juga, pemandangan
calon-calon berceramah di atas lori atau pentas sementara, menjelaskan
pendapat dan ideology politik masing-masing, telah lama hilang dalam
lipatan sejarah. Adakah ini kita panggil kemajuan atau mundur ke
belakang dalam demokrasi?
45
tahun telah berlalu. Adakah masyrakat umum Malaysia masih tiada
kebijaksanaan memilih ahli-ahli majlis tempatan mereka sendiri?
45
tahun, dan mengapa hak paling asas rakyat iaitu penglibatan politik
dirampas?
Kita
mesti hentikan pencabulan demokrasi sepanjang perjalanan. Kita tidak
boleh biarkan ahli-ahli politik hipokrit memberi mesej yang membangkitkan
perasaan benci, yang boleh mencetuskan konflik perkauman dan agama,
dengan nama demokrasi.
Walau
bagaimanapun, kita tidak perlu pergi ke tahap menghalang pandangan
popular dengan alasan keamanan dan kestabilan, pilihan raya yang
demokratik akan menjadi tidak lebih daripada mainan politik sahaja.
Persoalan lain yang perlu
difikirkan ialah tahap keterbukaan. Tiada pentadbiran akan bertolak-ansur
dengan kebebasan bersuara yang mutlak, itu tidak mengambilkira kesan
kebebasan bersuara sebagai kayu ukur yang mengesahkan samada kerajaan
atau masyarakat boleh dikira demokratik.
Salah
satu prosidur yang akan pastikan fungsi sebenar politik demokratik
ialah media mesti dibenarkan mengadakan laporan yang bertanggungjawab
dan seimbang dengan cara yang liberal dan adil, supaya pengundi
boleh membuat keputusan dan pengadilan berdasarkan maklumat yang
benar.
Kita
jijik sekali dengan cara sesetengah ahli politik, gunakan untuk
mendapat undi. Sementara mereka menang dalam pilihan raya, mereka
sebenarnya telah kalah dalam pilihan raya yang demokratik.
Kita
nantikan pilihan raya yang kualitinya terhormat. Tetapi apakah yang
telah kita lakukan dan hayati apa yang telah diperkatakan?
Bekas perdana menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad, telah mengesahkan lebih dari sekali bahawa
pembangkang memainkan peranan sebagai paksi kepada Parlimen yang
dilantik secara demokratik. Tetapi soalnya, adakah kita memberikan
ruang yang cukup kepada pembangkang, untuk wujud?
Memansuhkan
pilihan raya kerajaan tempatan telah sebahagian besar merampas peluang
pembangkang membentuk pemimpin akar umbi, begitu juga sebagai platform
penting bagi mereka bersama masyarakat. Ini, tidak dinafikan, ialah
salah satu faktor yang telah melumpuhkan kemampuan pembangkang membentuk
unit-unit operasi yang berpijak di bumi nyata.
Bagaimana
mana-mana parti pembangkang dengan organisasi di akar umbi yang
kurang, mampu menghadapi perang pilihan raya, yang diberi hanya
seminggu untuk berkempen?
Persempadanan
semula yang dilakukan setiap sepuluh tahun memberi satu lagi tamparan
kepada demokrasi. Parlimen Putrajaya hanya mempunyai 5,000 pengundi
sementara Parlimen Kapar di Selangor ada 100,000.
Apakah
asas bagi amalan persempadanan yang tidak rasional ini? Bukankah
amalan seperti itu jelas bertentangan dengan prinsip asas satu orang
satu undi?
45
tahun, parti-parti pemerintah dan pemimpin-peminpin mereka wajar
membawa reformasi drastik dengan keyakinan yang bertambah dan keberanian
politik, respon kepada rayuan dan harapan masyarakat umum bagi demokrasi
sebenar. Dan itu ialah apa yang kita panggil reformasi politik sebenar.
Reformasi
seperti itu akan memberi demokrasi di Malaysia dibentuk atas dasar
yang teguh dan lebih mencerminkan kehendak masyarakat.
|