Seruan
Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:45 AM
KOMENTAR
WANITA
Kabinet
’cacamarba’ Pak Lah
Saya
masih ingat lagi ungkapan Pak Lah semasa beliau baru mengambil alih
tampuk pemerintahan negara,"Saya akan banteras rasuah ke akar
umbi." Majoriti rakyat merasa lega kerana Pak Lah memang serius
untuk membanteras rasuah.
Walaupun
saya tidak merasa yakin, tetapi naluri kecil saya terpanggil untuk
memberi peluang kepada Pak Lah untuk melawan rasuah. Dan Pak Lah
ketika itu ternyata serius untuk melawan rasuah. Ini dapat dibuktikan
dengan pendakwaan terhadap Eric Chia dan Tan Sri Kasitan Gadam.
Tidak
lama selepas itu, pilihan raya umum kesebelas diadakan. Rakyat diminta
untuk memberi majoriti besar kepada Pak Lah demi melangsungkan agenda
perjuangannya.
Pilihanraya
yang diadakan, walaupun penuh keraguan, rakyat telah memberi mandat
yang amat besar kepada Pak Lah.
Namun
harapan rakyat yang mengharapkan kerajaan baru yang benar-benar
bersih daripada gejala rasuah, tinggal sia-sia apabila beliau mengumumkan
barisan kabinet baru yang turut mengekalkan menteri-menteri yang
tahap kebersihan mereka masih diragui umum.
Apa
yang ketara, Pak Lah tidak mampu membebaskan dirinya daripada orde
lama. Dia hanya mampu mengekalkan status quo. Jika kabinet yang
diwarisi dari Mahathir tidak berguna, kabinet cacamarba Pak Lah
yang baru ini, mengukuhkan ciri tersebut. Apa yang dilakukan hanya
menambahkan beberapa individu yang diketahui setia padanya kepada
senarai kabinet Mahathir, mewujudkan kementerian baru untuk memasukkan
individu-individu tersebut.
Pak
Lah juga nampak tidak mempercayai pemimpin-pemimpin BN yang ada,
kerana masih memegang beberapa kementerian penting; Kementerian
Kewangan, Kementeraian Dalam Negeri.
Kabinetnya
yang mempunyai 33 menteri, 38 tmbalan menteri dan 22 setiausaha
parlimen, semua berjumlah 93 orang, merupakan pertambahan besar
daripada yang lepas. Dengan itu, setiap dua wakil BN ialah ahli
kerajaan. Ini membawa implikasi pertambahan kos serta tahap keberkesanan
kementerian-kementerian yang dibentuk.
Kementerian
yang diketuai wanita juga telah menurun peratusannya berbanding
kabinet lepas. Hanya tiga wanita mengetuai kementerian daripada
33 kementerian, termasuk dua kementerian yang baru diwujudkan. Cara
pentadbiran baru BN mengiktiraf serta melayan wanita di negara ini
juga menghairankan, ia menggugurkan Siti Zaharah Sulaiman (latarbelakangnya
yang lebih disenangi) dan sebaliknya, mengekalkan Rafidah yang sudah
diketahui terlibat dengan rasuah.
Nasib
wanita terus akan terpinggir dan tidak terbela, malangnya wanita-wanita
Malaysia tidak sedar akan perkara ini.
|