Seruan
Keadilan Online - Sunday, April 11, 2004 8:46 AM
KOMENTAR
WANITA
Siapa
porak-perandakan sistem pilihan raya?
Terima
kasih kepada keputusan yang dibuat oleh pengerusi SPR Datuk Abdul
Rashid, kejujuran dan keadilan sistem pilihan raya negara ini kian
terhakis.
Pertamanya,
SPR telah memendekkan masa berkempen kepada hanya lapan hari. Lihat
saja rakan-rakan dalam Komanwel seperti India. Parlimen India dibubarkan
seawal Februari dan pilihan raya akan diadakan dalam bulan April
dan akan berlansung sehingga bulan berikutnya, dalam tiga peringkat.
Masa kempen selama tiga bulan.
Apabila
rakyat mempersoal SPR tentang masa berkempen yang singkat, Abdul
Rashid menjawab dengan mudah, Rakyat Malaysia sepatutnya sudah kenal
calon-calon mereka dan parti-parti politik dengan baik. Kita tidak
perlu buang masa.
Abdul
Rashid tidak dapat kemukakan berapa ramai yang benar-benar biasa
dengan parti politik dan calon-calon mereka. Yang saya tahu, masih
ramai yang tidak tahu di mana mereka akan mengundi dan siapa calon
mereka. Mereka juga sama keliru dengan halatuju parti-parti politik.
Malah,
Abdul Rashid berkata, tempoh kempen yang panjang akan mencetuskan
huru-hara, dan dari pemerhatiannya, Malaysia sudah mula menunjukkan
trend sedemekian.
Saya
harap dia tidak tersilap negara Malaysia dengan Haiti atau Angola.
Mengatakan Malaysia akan mengalami huru-hara semasa pilihan raya
ialah alasan yang bertentangan dengan tahap kematangan politik negara
ini dan juga menafikan kebijaksanaan politik rakyat Malaysia.
SPR
juga telah menggandakan wang deposit dari RM5,000 kepada RM10,000
bagi calon parlimen dan RM3,000 kepada RM5,000 bagi calon DUN. Ini
belum termasuk RM5,000 dan RM3,000 bagi deposit pembersihan.
Berpolitik
ialah untuk khidmat kepada negara dan rakyat, bukan seperti menjadi
ahli kepada kelab eksklusif. Dengan meningkatnya deposit, mereka
yang tidak berada akan dinafikan.
Membuat
duit dan kemewahan sebagai kriteria penglibatan dalam politik ialah
satu bentuk pembunuhan politik demokratik. SPR telah membuat satu
kesilapan di sini.
Seolah
itu belum cukup, kita dapat lihat ramai calon-calon yang menarik
diri setelah hari penamaan calon, mengakibatkan sebilangan perpindahan
calon, salah satunya dikaitkan dengan rasuah. Inilah akibat daripada
pindaan baru yang memberi calon, tempoh tiga hari untuk fikir akan
pencalonan mereka.
Peraturan
seperti itu telah memberi laluan kepada sesetengah orang yang tidak
bertanggungjawab untuk mendapat kekayaan melalui pencalonan, dan
bagi calon-calon bertanding membeli musuh mereka. Adakah SPR mampu
bertanggunjawab ke atas perbuatan ini?
Apabila
perkara ini dicadangkan setahun lalu, pembangkang telah menyatakan
bantahan, dengan hujah, peraturan baru akan memberi ruang untuk
berlakunya pelanggaran peraturan pilihan raya. Abdul Rashid sepatutnya
sudah nampak akibat daripada sikap degilnya itu.
Peranan
asal SPR ialah mmemastikan dan mengatur pilihan raya yang demokratik,
tetapi dua minggu lepas, kita dapat lihat, terlalu banyak halangan
dalam sistem pilihan raya, yang menggugat demokrasi dan kebebasan.
|