Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 6:39 PM
100
hari mengecewakan - Faizal Sanusi
Oleh:
Faisal Mustaffa
Tempoh
percubaan yang diberikan kepada Perdana Menteri, Abdullah Badawi
amat mengecewakan dan perlu reformasi.
Faizal Sanusi yang merupakan
Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat berkata, selepas
100 hari pentadbiran Abdullah Badawi tidak ada banyak perbezaan
yang didapati berbanding dengan cara pemerintahan Mahathir.
Pihak-pihak
badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga telah memberi 'F' kepada pentadbiran
Abdullah Badawi selepas 100 hari perlantikannya.
Setiap
rapat umum yang dijalankan oleh Perdana Menteri itu menyerupai kempen
pilihanraya. "Abdullah Badawi sepatutnya bertindak sebagai
seorang Perdana Menteri, bukannya Presiden sebuah parti politik,"
ujar Faizal lagi.
Menurut
Faizal, kaedah ini tidak ubah seperti cara pemerintahan Mahathir.
Menyentuh
mengenai tindakan Abdullah Badawi yang berjanji membenteras rasuah
sehingga ke akar umbi, Faizal memberitahu bahawa itu semua janji
pilihanraya.
Faizal
berkata, "Ya, memang benar Eric Chia ditangkap, tetapi beliau
masih boleh bebas. Begitu juga Kasitah Gadam."
"Sekiranya
benar Pak Lah mahu membenteras rasuah sehingga ke akar umbi, bawa
Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik ke muka pengadilan," ujarnya
lagi.
|