Seruan Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 6:55 PM

Pilihan raya: BA focus pada rasuah, Anwar dan isu tempatan

Barisan Alternatif akan berusaha meyakinkan pengundi bahawa pakatan pembangkang mampu mentadbir negara melihat kepada pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini - pembaharuan yang telah disyorkan oleh pembangkang buat beberapa tahun sebelum itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Tian Chua berkata, barisan pembangkang telah berjaya "memberi tekanan" kepada kerajaan untuk mengambil tindakan atas masalah-masalah yang di hadapi oleh negara seperti amalan rasuah yang berleluasa.

"Kami telah berjaya hamper 50 peratus, apa yang kami perlu ialah lagi 50 peratus," katanya.

Katanya lagi, BA boleh mentadbir lebih baik daripada pakatan BN jika ia diberi mandate memerintah negara.

Menurut Tian Chua, kerajaan BA akan bebaskan BPR daripada segala bentuk campurtangan politik supaya BPR dapat kesan rasuah secara efektif.

BPR kini di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri, kebanyak kritik berkata, ia akan membuatkan BPR terdedah kepada campurtangan daripada ahli politik yang memerintah.

Pemimpin Keadilan itu juga mengatakan bahawa BN sudah kehabisan isu dan sedang merampas agenda reformasi yang dikemukakan oleh pembangkang seperti rasuah, good governance dan demokrasi.

Katnya lagi, kebanyakan daripada agenda lama yang dipromosikan oleh BN sudah tidak relevan, seperti seruan kepada 'Perpaduan Melayu'.

Tian berkata, faktor Anwar Ibrahim akan tetap penting bagi parti dalam memikat pengundi dalam pilihan raya akan datang. Timbalan Perdana Menteri yang dipecat, yang juga penasihat parti, sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana rasuah dan liwat.

"Beliau mewakili kebanyakan isu yang kami timbulkan - ketidakadilan politik dan pencabulan sistem kehakiman," tambahnya.

Baru-baru ini Keadilan telah menerbitkan beribu-ribu leaflet bertajuk 'lima sebab saya sokong Keadilan'.

Antara sebab-sebabnya ialah menuntut Anwar dibebaskan dan melaksanakan agenda reformasi - hak persamaan bagi semua dan melindungi yang miskin.

Yang lain-lain adalah meningkatkan peluang bagi pendidikan bahasa ibunda dan peluang yang sama bagi semua kaum untuk mendapatkan pendidikan, juga bagi memastikan tiada keganasan polis dan hak individu dihormati.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat dan ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar, apabila dihubngi berkata , isu-isu utama pilihan raya telah dimasukkan ke dalam manifesto BA.

"Manifesto ini akan meyakinkan pengundi bahawa pembangunan dan pentadbiran di bawah BA lebih bermanfaat untuk rakyat," katanya.

Seperti kata Tian, Mahfuz berkata, isu rasuah dan Anwar akan tetap menjadi isu utama bagi pembangkang semasa pilihan raya.

Menurutnya, tangkapan beberapa individu atas tuduhan rasuah hanyalah segelintir kecil daripada bilangan sebenar dan tindakan wajar patut diambil ke atas 'jerung-jerung' yang sebenar.

"Perang terhadap rasuah jangan sekadar tuntutan retorik sahaja. Dan bukan hanya dilakukan untuk pilihan raya," katanya.

Seorang lagi pemimpin PAS, Husan Musa, berkata semua calon-calon PAS sudah diberitahu agar meekankan isu-isu tempatan mengikut negeri masing-masing.

Katanya, terdapat terlalu banyak isu-isu nasional yang besar dalam pilihan raya kali ini, isu tempatan akan menyusul, terutama pentadbiran yang tidak cekap oleh  kerajaan negeri yang dikuasai BN.

 "Ramai orang telah mengadu bahawa ADUN mereka gagal berkhidmat kepada mereka," kata Husam, yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.