Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 6:56 PM
BA
janji 10 perkara untuk Malaysia Baru
Kadar
gaji minima sebanyak RM1,250, mengembalikan pilihan raya ahli majlis
tempatan, 30 peratus pos tertinggi kerajaan untuk wanita, akta kebebasan
maklumat, pengisytiharan aset kepada awam dan potongan harga kereta
adalah antara beberapa janji yang dibuat oleh pakatan Barisan Alternatif.
Ia
akan keluarkan manifesto 'Bersama Malaysia Baru' - menggariskan
10 janji bagi pilihan raya umum akan datang dan menjanjikan Malaysia
yang adil, aman dan makmur.
Antara
lain, 10 perkara tersebut meliputi hak individu, keselamatan, kerajaan,
pendidikan, kesihatan, ekonomi, alam sekitar dan agama.
Menurut
manifesto tersebut, BA akan memperkenalkan gaji minima sebanyak
RM1,250 bagi kakitangan awam dan sektor swasta, apabila ia berkuasa
kelak.
Barisan
pembangkang berkata, majikan akan diberi dua tahun untuk melaksanakan
dasar tersebut.
Barisan
pembangkang juga berjanji untuk mewujudkan akta, Akta Kebebasan
Maklumat bagi memastikan kebebasan media dan hak rakyat untuk tahu.
"Akta
ini akan memastikan penyebaran maklumat yang bertanggungjawab dan
tidak akan menyebabkan impak sosial yang negative," menurut
manifesto tersebut.
Ia
juga menekankan bahawa undang-undang yang tidak berperikemanusiaan
seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan,
Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan
Kolej dan lain-lain akan dimansuhkan.
BA
menekankan bahawa di bawah pentadbirannya, 30 peratus jawatan-jawatan
membuat dasar akan ditetapkan untuk wanita.
Ia
juga akan mengembalikan pilihan raya majlis tempatan sementara menteri-menteri
cabinet, ADUN, ahli-ahli Parlimen, pegawai tinggi kerajaan dan eksekutif
institusi swasta akan dikehendaki mengisytiharkan asset masing-masing
setiap tahun.
Selain
daripada itu, manifesto juga menyatakan bahawa Badan Pencegah Rasuah
(BPR) dan gergasi minyak milik negeri Petronas akan bertanggungjawab
terhadap Parlimen.
BA juga berjanji menurunkan
harga kereta dari 1 Januari tahun depan selaras dengan perjanjian
Asean Free Trade Area (AFTA).
Ia
juga akan menurunkan sebanyak 50% dalam caj tol dan 20% bagi caj
telefon dan air.
Mengenai
pendidikan, BA berkata ia akan membina enam buah universiti awam
sehingga 2008 dan hapuskan tiga peratus faedah daripada pinjaman
kerajaan untuk pembelajaran.
Barisan
Alternatif juga berjanji bagi tempat-tempat penyembahan tidak akan
diroboh.
Ia
juga akan meminda Fasal 43 dan 55 dari perlembagaan yang memerlukan
kabinet berfungsi sebagai kerajaan ….. setelah Parlimen dibubarkan.
Ini,
menurut manifesto tersebut, adalah bagi mengenakan sekatan ke atas
kerajaan dan mengelak salah guna jentera kerajaan semasa tempoh
kempen pilihan raya.
Manifesto
pilihan raya BA yang pertama - Ke arah Malaysia yang Adil - dilancarkan
pada tahun 1999 di mana BA terdiri daripada empat parti PAS, Keadilan,
PRM dan DAP.
DAP
meninggalkan pakatan pada tahun 2001 setelah berbalah dengan PAS
mengenai hasrat PAS mewujudkan negara Islam sementara Keadilan dan
PRM sudah bergabung.
Manifesto
baru ini dijangka akan disahkan bersama oleh Presiden PAS Abdul
Hadi Awang dan Presiden Keadilan Dr Wan Azizah Wan Ismail esok.
Adalah
difahamkan bahawa jawatankuasa kerja PAS Pusat meluluskan manifesto
tersebut bulan lalu.
Manifesto
tersebut dijangka akan dilancarkan secara rasmi tiga hari selepas
Parlimen dibubarkan.
|