Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 6:40 PM
17
ditahan dalam demo 'salahguna kuasa polis'
Polis
menangkap 17 aktivis kerana berkumpul secara tidak sah pada 28 Februari
setelah menggunakan pancutan air berasid ke atas orang ramai. Mereka
telah berkumpul untuk memprotes terhadap dakwaan salahguna kuasa
dan keganasan polis.
Pemimpin
Keadilan seperti Tian Chua, R Sivarasa, Dr Xavier Jayakumar dan
Latheefa Koya turut ditangkap. Yang lain turut ditangkap adalah
aktivis hak asasi manusia Elizabeth Wong dan Eric Paulsen.
Kesemuanya
17 orang - 13 lelaki dan 4 wanita - ditahan oleh polis dan dibawa
ke ibu pejabat polis di Jalan Hang Tuah.
Mereka
dibebaskan pada 6 petang setelah membuat kenyataan dengan polis.
Aktivis
seni Fahmi Reza, 27 tahun yang terakhir dibebaskan kerana polis
menjumpai pisau pemotong kertas bersamanya.
Peguam-peguam
yang mewakili kumpulan tersebut, N Surendran, M Manogar dan Ramdas
Tikamdas berkata mereka tidak dibenarkan berjumpa yang ditahan.
Lebih
kurang 60 orang telah berkumpul di Ibu pejabat Polis Bukit Aman
untuk protes terhadap "sebilangan insiden" akibat dari
salahguna kuasa polis.
Mereka
telah meletakkan poster dan kain rentang mendedahkan beberapa kes
salahguna kuasa polis.
Saksi-saksi
berkata anggota polis yang sama ramai atau mungkin lebih, turut
hadir.
Menurut
pertubuhan hak asasi manusiaSuaram, Fahmi - yang pertama ditangkap
- telah dipukul dan dipijak
"Pihak
polis cuba merampas cermin mata dan barang miliknya, tetapi Fahmi
menghalang. Dia dicederakan dan kemejanya dikoyak," kata Mary
Agnes James dari Suaram.
Sivarasa
berkata, "Anda dapat rasakan asid pedih pada kulit….ini keganasan
polis. Ini bukti apa yang kami katakan selama ini.
James
menambah bahawa Wong dan Tian Chua "dikasari oleh polis dan
mengalami lebam dan kecederaan".
Ketiga-tiga
telah membuat laporan polis terhadap serangan tersebut.
Perhimpunan
tersebut dianjurkan oleh Pakatan Menentang Salahlaku Polis, satu
inisiatif di bawah pertubuhan Suaram.
Pakatan
yang disokong oleh 46 buah NGO dan parti-parti politik, menyeru
dibuat siasatan ke dalam aduan-aduan salahguna kuasa termasuk insiden
menembak oleh polis, yang tinggi.
Tiga
pegawai dari Suhakam juga hadir yang turut menyaksikan demonstrasi
aman tersebut.
Reaksi
awal, penasihat undang-undang kepada Watch and Human Rights Committee
P Uthayakumar, meminta suruhanjaya DiRaja Polis menyiasat insiden
itu.
"Kami
mendesak suruhanjaya polis mengadakan panel khas dalam 48 jam bagi
menyiasat salahguna kuasa polis," katanya dalam satu kenyataan.
Uthayakumar,
pengerusi penaja Parti Reformasi Insan Malaysia, juga menyeru ketua
polis Dang Wangi Hadi Ho Abdullah yang mengawasi operasi tersebut
digantung sementara siasatan dibuat.
|