Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 6:41 PM
Azizah
kecewa Anwar dibiar terlantar sakit tanpa rawatan
Sikap
dan tindakan kurang cekap kerajaan dalam mengendalikan masalah kesihatan
Dato' Seri Anwar Ibrahim telah melahirkan kekecewaan Datin Seri
Wan Azizah Ismail.
Beliau
berkata demikian dalam surat aduan kepada Pengerusi Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman mengenai
sikap ketidak-perihatinan kerajaan dalam isu tersebut.
Doktor
yang dilantik kerajaan tidak memberi rawatan yang sewajarnya kepada
Dato' Seri Anwar Ibrahim, walaupun Anwar mengadu selsema, sakit
kerongkong dan batuk sejak 17 Februari lepas. Sebaliknya, doktor
tersebut hanya memberi arahan lisan agar beliau mengambil ubat yang
telah ditetapkan terlebih dahulu.
Awal
Januari lepas, selepas desakan pelbagai pihak, barulah Anwar dibawa
ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang sebelum itu, dibiarkan sakit
selama dua minggu.
Imbasan
MRI menunjukkan sakit tulang belakang Anwar yang dialami Anwar sejak
Disember 2000 telah merebak.
Doktor
pakar otopedik HKL mencadangkan agar beliau dibenarkan mendapat
rawatan fisioterapi di hospital tersebut tiga kali seminggu.
"Malangnya,
rawatan fisioterapi yang disyorkan itu tidak diteruskan. Sesi rawatan
fisioterapi terakhir yang diterima oleh Anwar adalah pada 16 Januari
lalu, tiga hari sebelum perbicaraan beliau di Mahkamah Rayuan.
"Sejak
itu, tidak ada pakar dihantar ke penjara untuk sebarang pemeriksaan
atau rawatan lanjut, walaupun berulangkali Anwar mengadu sakit,"
kata Azizah.
Azizah juga mempersoalkan,
mengapa pihak kerajaan tidak membenarkan doktor Hospital Sungai
Buloh yang datang ke penjara untuk merawat Anwar. Salinan surat
tersebut telah diserahkan kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh dan
Pengarah Hospital Kuala Lumpur.
"Tetapi,
Anwar difahamkan bahawa kes beliau tidak boleh dirujuk kepada mereka
kerana menurut "persefahaman" pihak penjara dengan HKL,
Anwar hanya boleh dirujuk kepada pakar HKL tertentu yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan," kata Azizah.
|