Seruan Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 6:50 PM

Penangkapan Eric Chia sudah lambat, kata Anwar

Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang terpenjara, berkata hari ini bahawa tuduhan yang dikenakan oleh BPR ke atas bekas pengarah urusan Perwaja Steel, Eric Chia tidak setimpal dengan jenyah yang dilakukan oleh Eric.

Katanya, "tidak masuk akal" bagi orang mempercayai dakwaan hanya mengenakan tuduhan penyelewengan RM76 juta, sedangkan Perwaja berhutang kepada negara lebih kurang antara RM11 bilion dan RM13 bilion.

"Setelah tujuh tahun usaha yang melibatkan kos yang besar dibelanjakan oleh kerajaan, termasuk beberapa perjalanan ke luar negara; Hong Kong, Jepun dan Switzerland, dan membuat rakyat menaruh harapan tinggi - kerajaan hanya mampu mengenakan pertuduhan yang amat tidak setimpal dengan jenayah sebenar," berkata Anwar dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh peguamnya Sankara Nair.

Anwar yang sedang menjalani hukuman sembilan tahun penjara kerana tuduhan liwat di Penjara Sungai Buloh, memberi komen kepada penangkapan bekas pengarah urusan Perwaja oleh BPR atas tuduhan pecah amanah, Isnin lalu.

Eric dituduh bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana didakwa menyalurkan wang syarikat berjumlah RM76.4 juta ke sebuah syarikat yang tidak wujud.

Jika didapati bersalah, Eric boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun, sebat dan denda. Dia mengaku tidak bersalah dan kini bebas dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta.

Menurut Anwar, perkembangan terakhir skandal Perwaja hanya menambahkan kesangsian bahawa perdana menteri hanya cuba mengalihkan pandangan awam daripada keadaan rasuah yang berleluasa melibatkan ahli perniagaan  dan ahli politik berprofail tinggi.

"Kita boleh merumuskan bahawa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sedang mencuba mengabui mata rakyat dan mengalihkan tuntutan awam bagi mengambil tindakan positif terhadap rasuah yang berleluasa kalangan ahli perniagaan dan poltik di negara ini, yang merompak segala harta dan sumber negara," katanya.

Dia juga berkata, pertuduhan terhadap Eric juga menghairankan, apabila siasatan 1996 oleh juruaudit antarabangsa Pricewaterhouse Coopers sudah mendapati ada transaksi yang menyeleweng dan tidak sah melibatkan pengurusan Perwaja.

Semasa Anwar menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan telah mengarahkan dilakukan audit bebas ke atas syarikat milik kerajaan negeri setelah didapati Perwaja mengalami kerugian berjumlah RM2.98 bilion dari 31 Disember 1995, termasuk pinjaman bank dengan jumlah besar RM7 bilion.

Perwaja - kilang yang memproses bijih besi kepada besi- sepatutnya menjadi mercu tanda industrilisasi yang dimulakan oleh bekas perdana menteri Mahathir Mohamad pada awal 1980an.