Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 6:54 PM
Pertubuhan
Antarabangsa bidas kerajaan Malaysia lanjut tempoh tahanan ISA
Sebuah
pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch, 26 Februari 2004
lalu, membidas kerajaan Malaysia kerana memperbaharui arahan tahanan
tujuh orang yang sudah ditahan lebih dua tahun tanpa tuduhan di
mahkamah dan perbicaraan kerana didakwa terlibat dalam kegiatan
pengganas. Pihak berkuasa Malaysia akan menentukan esok samada melanjutkan
tempoh tahanan kepada dua tahun lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri.
"Setelah
dua tahun, kerajaan mendakwa bahawa tujuh yang ditahan mesti ditahan
tanpa bicara, bagi membuat siasatan lanjut; tidak masuk akal,"
kata Sam Zia-Zarifi Timbalan Pengerusi Human Rights Watch rantau
Asia.
Jika
kerajaan ada bukti yang cukup bagi tahanan dibicarakan, kerajaan
wajar berbuat demikian. Jika tidak, mereka patut dibebaskan dengan
segera, tambahnya lagi.
Saudara-mara
lebih 100 orang tahanan di bawah ISA telah memberitahu Human Rights
Watch bahawa tahanan dikenakan kurungan bersendirian, ugutan dan
gangguan mental dan fizikal setelah ditahan. Ada di antara mereka
dikenakan seksaan fizikal. Pihak berkuasa sebelum ini menghalang
tahanan daripada mendapatkan bantuan guaman, walaupun mereka mempunyai
akses terhad untuk bantuan guaman.
Tujuh
tahanan - Shukry Omar Talib, Muhamad Faiq Hafidh, Shahrial
Sirin,
Mohammed Kadar, Abdullah Daud, Muhamad Ismail Anuawarul and Sharil
Hat
- ditahan pada Januari 2002 atas tuduhan bahawa mereka terlibat
dalam pertubuhan militan, Jemaah Islamiyah yang dikaitkan dengan
Al-Qaeda.
Minggu
lalu, enam lelaki ditahan di bawah ISA kerana didakwa terlibat dengan
Jemaah Islamiyah - Ahmad Yani Ismail, Abdul Samad Shukri Mohd, Abdul
Razak
Baharudin, Mohd Sha Sarijan, Ahmad Sajuli Abd Rahman and Suhaimi
Mokhtar
- telah dilanjutkan tahanan kepada dua tahun lagi. Sehingga kini,
sekurang-kurang 20 daripada lebih kurang 100 individu ditahan tanpa
bicara atas dakwaan ada hubungan dengan pertubuhan pengganas, telah
dilanjutkan tahanan kepada dua tahun lagi.
Setelah
ditahan, semua mereka dinafikan khidmat guaman dan telah ditahan
tanpa pendakwaan atau perbicaraan. Menurut ahli keluarga tahanan,
yang ditemubual oleh Human Rights Watch, pegawai keselamatan berjanji,
jika tahanan memberi kerjasama, mereka akan dibebaskan awal, ini
bermakna, tahanan tidak mencabar penahanan mereka di mahkamah atau
bercakap kepada media atau kumpulan hak asasi manusia.
Kerajaan
Malaysia telah berkali-kali menggunakan ISA, yang digunakan pada
tahun 1960 untuk menangani kebangkitan Komunis, untuk melenyapkan
musuh politik parti pemerintah Umno. Bawah ISA, kerajaan boleh mengarahkan
sesiapa ditahan tanpa lalui proses undang-undang yang asas. Kerajaan
boleh menahan individu yang dirasakan mengancam keselamatan negara,
selama mana dirasakan patut, tanpa reviu kehakiman yang bermakna.
Anwar Ibrahim, bekas timbalan
perdana menteri yang dihukum 15 tahun penjara setelah satu perbicaraan
yang dipenuhi dengan berbagai pelanggaran, ditahan pada 1998 awalnya
di bawah peruntukan ISA. Pada 2001, 10 orang pemimpin parti politik
ditahan bawah ISA. Penggunaan ISA yang kerap sebagai senjata politik,
menyebabkan ramai merasa sangsi dakwaan kerajaan, bahawa ISA digunakan
untuk tujuan-tujuan yang sah.
"Kerajaan
Malaysia telah mengambil kesempatan kempen 'perang keganasan' mengesahkan
tindakannya menahan lelaki-lelaki tersebut tanpa had," kata
Zia-Zarifi. "Dengan sejarah pencabulan di bawah ISA, tiada
yang percaya dengan kata-kata kerajaan Malaysia. Tujuh lelaki tersebut
berhak dibicarakan di mahkamah."
|