Seruan Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 7:01 PM

LAPORAN KHAS: SCOMI, Syarikat Anak tunggal Pak Lah, kroni terbaru

Adakah Pak Lah benar-benar bersih?

Kroni lama keluar: SCOMI masuk

Agak biasa bagi syarikat-syarikat kroni bekas perdana menteri memberi laluan kepada kroni baru apabila berlaku pertukaran kepimpinan. Satu syarikat yang agak menonjol dan mula membuat gelombang sebelum Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih dari Dr Mahathir Mohamad ialah kumpulan syarikat-syarikat SCOMI, satu konglomerat yang diketuai oleh anak lelaki tunggal perdana menteri baru, Kamaludin.

Ke tepi Mirzan Mahathir, Wan Azmi Hamzah, Halim Saad, Tajuddin Ramli and Samsudin Abu Hassan. Masuk penjara Eric Chia. Beri laluan untuk Kamaludin Abdullah, 'New Kid on the Block'  (NKOTB), pujaan terkini Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)

2003 melihat kebangkitan mendadak Kumpulan SCOMI di papan kedua BSKL dan pengambil alihan syarikat yang mengejutkan. Adakah ini semua secara kebetulan ia serentak dengan pengambil alihan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia? Memang kebetulan! Jika Pak Lah bukan perdana menteri, SCOMI akan hanya menjadi satu lagi operasi hole-in-the-wall.

SCOMI nampaknya dalam misi mengambil alih syarikat-syarikat. Mereka membeli perniagaan seolah tiada esok baginya. Amat menakjubkan sekali! Tetapi membina sesebuah perniagaan yang berjaya dari tiada kepada ada, adalah contoh ahli perniagaan sebenar. Membeli dan menjual syarikat-syarikat suatu yang bukan bijak. Sesiapa saja boleh berbuat demikian. Apa yang diperlukan ialah mempunyai banyak wang dan banyak simpanan.

Soalan cepu masnya ialah : di mana datangnya semua wang tersebut? Adakah bank-bank Malaysia, sekali lagi, dipaksa memberi bantuan kewangan untuk kegiatan perniagaan, orang-orang yang dekat dengan mereka yang berkuasa? Adakah bank-bank Malaysia sekali lagi, tidak lama lagi, diminta melupuskan mana-mana kegiatan perniagaan yang gulung tikar, seperti yang sering berlaku semasa era Mahathir? Hanya masa akan menjawab persoalan ini.

'Membeli-belah' itu tidak mengapa, sekiranya anda mempunyai banyak peminjam. Apa yang perlu dirisaukan, wang yang digunakan adalah duit rakyat, kebanyakannya bank-bank milik kerajaan. Bila tiba masa untuk membayar semula pinjaman, kebenaran akan terserlah. Kebanyakan jutawan Malaysia terpalit lumpur apabila pinjaman yang besar dan kadar faedah yang tinggi membebankan mereka dan menarik mereka ke bawah. Masalah ini bergelimang dalam pasaran yang merudum seperti yang mungkin berlaku dalam masa terdekat apabila Malaysia mula menyedari bahawa Mahathir telah hampir memufliskan negara dalam 22 tahun dia menjadi perdana menteri.

Setiap orang suka menang dan suka dikaitkan dengan kejayaan. Apabila anda ketawa, seluruh dunia ketawa bersama,; apabila anda menangis, anda menangis sendirian. Apabila ekonomi jatuh, yang pasti akan berlaku - ia hanya menanti masa - anak Pak Lah akan tahu bagaimana rasanya menjadi pujaan satu hari, dan menjadi penyangak esoknya.

Bagi mereka yang mungkin tidak banyak tahu tentang senario korporat Malaysia, kami akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah korporat anak perdana menteri kelima, membuktikan, di Malaysia, 'know who' dan bukan 'know how' ialah rahsia kejayaan. Semakin dekat anda kepada Perdana Menteri, sebaiknya anaknya, semakin ia banyak membantu.