Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 7:03 PM
SCOMI:
IPO paling hangat masa kini
Sembilan
kali ganda langganan berlebihan, tiga juta syer Kumpulan SCOMI,
yang ditawarkan kepada awam semasa penyenaraian pada 13 Mei 2003,
ini mungkin menjadi petanda bahawa persepsi umum terhadap syarikat
tersebut ialah IPO paling hangat masa kini.
Dalam
penyenaraiannya di Papan Kedua BSKL, syarikat bumiputra ini mendapat
perhatian ramai disebabkan barisan pemegang sahamnya yang terdiri
daripada Kamaludin Abdullah, anak lelaki tunggal Perdana Menteri,
dan Datuk Azman Yahya.
"Langganan berlebihan
ialah petanda baik tentang minat orang awam," kata seorang
penganalisis dari Hwang-DBS Securities. "Memang betul, barisan
pemegang sahamnya telah menimbulkan minat ."
Walaupun
pemegang sahamnya dikenali ramai, CEO SCOMI, Shah Hakim Zain, yakin
bahawa pelabur akan melihat keupayaan syarikat daripada siapa pemilik
syarikat.
"Minyak dan gas adalah
industri yang menguntungkan, tetapi kami mahu orang ramai melihat
kami sebagai syarikat yang mempunyai asas yang baik," kata
Shah Hakim baru-baru ini apabila ditanya tentang rakan pemegang
saham.
SCOMI
telah menawan 82 peratus pasaran bagi cecair menggerudi di negara
ini, mempunyai kedudukan yang dicemburui dalam industri minyak dan
gas. Tetapi tidakkah ini disebabkan oleh hubungannya dengan orang
atasan?
Kumpulan
SCOMI mempunyai tiga aktiviti utama; iaitu penyediaan cecair bagi
kerja-kerja gerudi dan bahan kimia untuk industri minyak dan gas,
pemasangan kenderaan komersial dan khidmat sewa kereta.
Antara
tiga aktiviti tersebut, bahagian minyak dan gas menyumbang sebanyak
70 peratus daripada jumlah pendapatan kumpulan tersebut. Anak syarikat
Kota Minerals dan Chemicals Sdn Bhd (KMC) menjalankan operasi minyak
dan gas bagi kumpulan SCOMI, sementara dua aktiviti yang lain di
bawah Scomi Sdn Bhd (kenderaan komersial) and Scomi Transportation
Solutions Sdn Bhd (khidmat kereta sewa).
Sebelum
ini ia sebagai agen kepada syarikat gergasi Magcobar-Imco Drilling
Fluids Inc (MI), KMC berkembang menjadi pembekal cecair menggerudi
yang khas dan bahan kimia di Malaysia. Pelanggan utama KMC ialah
ExxonMobil Exploration and Production Malaysia (EPMI), Petronas
Carigali dan Shell Sarawak. EPMI menyumbang sebanyak 40% daripada
pendapatan syarikat dalam tahun kewangan 2002 sementara Petronas
dan Shell menyumbang 37% dan 20%, masing-masing.
Kumpulan tersebut juga mengeluarkan
peralatan jalanraya seperti kenderaan sokongan lapangan terbang.
Di bawah brand KING's, kumpulan SCOMI menawarkan antara lain, tanker,
treler, refueller pesawat dan trak pengangkut bagi katering.
|