Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 7:04 PM
SCOMI
dalam kesusahan
SCOMI
mungkin syarikat yang paling 'panas' dalam bursa saham Malaysia.
Tetapi kontroversi terbaru tentang penglibatannya membekalkan komponen
nuklear, agak sukar ditepis, walau bagaimana pihak berkuasa cuba
membersihkan SCOMI dari segala kesalahan.
Dr
Abdul Qadeer Khan, bapa bom nuklear Pakistan, baru-baru ini mengaku
memindahkan teknologi membuat bom nuklear kepada Libya, Iran dan
Korea Utara. Menurut laporan, dia memberitahu penyiasat Pakistan
bahawa B S A Tahir, seorang ahli perniagaan Sri Lanka, sebagai salah
seorang orang tengahnya.
Ketua
Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Omar, berkata siasatan bermula
sebaik saja Polis Cawangan Khas dihubungi oleh US Central Intelligence
Agency (CIA) dan British Intelligence Agency (MI6) pada 10 November
lepas, atas rampasan lima buah kontena mengandungi komponen membuat
centrifuge daripada sebuah kapal, BBC China, yang diperiksa di Taranto,
Itali pada 4 Oktober tahun lepas.
Ia
didakwa membawa lima kontena dan sedang dalam perjalanan ke Libya,
dan komponen-komponen tersebut diletakkan dalam kotak-kotak kayu
bertanda Scomi Precision Engineering Sdn Bhd, anak syarikat Scomi
Group Bhd.
Siasatan
awal polis menunjukkan bahawa Tahir telah menawarkan kontrak kepada
SCOMI bagi menyediakan komponen, yang dikatakan transaksi yang sah.
SCOMI
telah menerima tawaran tersebut dan sebuah kilang telah dibina di
Shah Alam untuk mengeluarkan komponen-komponen tersebut, kata Mohd
Bakri.
Dia
menambah, bahawa siasatan awal menunjukkan komponen bagi centrifuge
dirampas dari BBC China boleh digunakan untuk petrochemicals, rawatan
air dan penggunaan kesihatan seperti biologi molekul untuk pengasingan
protein.
"Malah, pakar nuklear
juga mendapati ia sukar dipastikan yang komponen yang dirampas adalah
sebahagian daripada komponen bagi unit centrifuge," katanya.
KPN
berkata siasatan setakat ini menunjukkan tiada syarikat di Malaysia
yang mampu mengeluarkan unit centrifuge yang lengkap kerana ia memerlukan
teknologi tinggi dan kepakaran dalam bidang senjata nuklear.
Sementara
itu, SCOMI berkata, ia terlibat dalam membekalkan kerja peralatan
khusus kepada pelanggan pihak ketiga dalam minyak dan gas, otomotif
dan komponen am industri, telah mengeluarkan 14 komponen semi-siap,
walaupun penggunaan akhir komponen-komponen tersebut tidak diberitahu
kepada syarikat.
Syarikat
telah menghantar komponen tersebut ke Dubai dalam empat penghantaran
bermula Disember 2002, dan semenjak penghantaran dalam bulan Ogos
2003, syarikat tidak menerima tempahan baru.
Nilai kontrak berjumlah RM13
juta dalam tempoh dua tahun, bermula awal tahun 2002. Orang tengah
digunakan oleh Khan menghubungi SCOMI bagi membuat komponen untuk
syarikatnya, komponen yang boleh digunakan dalam centrifuge bagi
mengeluarkan plutonium yang diperlukan untuk bom nuklear.
SCOMI,
anak Perdana Menteri, Perdana Menteri, kerajaan dan polis semua
tiada pengetahuan yang bahagan-bahagian tersebut digunakan untuk
apa.
Sebuah
syarikat Malaysia telah digunakan oleh Khan dalam perancangan canggih
antarabangsa untuk menyediakan kemampuan nuklear pada Libya.
Dua
perkara yang buat penyampaian maklumat ini agak sukar - pertama,
Malaysia ialah sebuah negara Islam dan dengan itu mudah bagi pihak
lain menuduh ia ada komplot membenarkan negara Islam lain, selain
Pakistan, untuk dapatkan bom. Kedua ialah hubungan dengan Perdana
Menteri melalui anaknya.
|