Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 7:05 PM
'SCOMI
the money'
Adakah
pentadbiran baru Abdullah Ahmad Badawi akan meneruskan dasar mengutamakan
ahli perniagaan tertentu, seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir
Mohamad semasa 22 tahun sebagai perdana menteri? Perdana Menteri
baru berkata tidak, tetapi pasaran tidak pasti.
Setelah Mahathir meninggalkan
kuasa di Malaysia, kapitalisma yang berkait sepatutnya ikut sama
bersamanya. Penggantinya Pak Lah yang dikenali sebagai 'bersih',
seorang ahli politik yang telah berkata, bahawa sudah tiba masa
dihentikan layanan khas terhadap sesetengah ahli perniagaan dengan
memberi kontrak kerajaan dan konsesi yang lumayan, yang pada satu
masa menjadi mercu tanda landskap korperat di bawah Dr Mahathir.
Semua
baik dan bagus, tetapi mengapa pasaran tempatan di Malaysia berebut-rebut
pada satu stok melebihi 1,000% , yang sebenarnya kerana hubungan
politiknya. Stok tersebut ialah SCOMI Group Bhd, pembekal cecair
gerudi, perkhidmatan kejuruteraan dan kimia industri bagi sektor
minyak dan gas di Malaysia dan serata dunia. Ia juga terlibat dalam
pengangkutan dan perniagaan kejuruteraan.
SCOMI
dikendali dan diuruskan oleh CEO Shah Hakim Zain tetapi pemegang
saham utama ialah Kamaluddin bin Abdullah, anak lelaki tunggal Pak
Lah.
Syarikat
disenaraikan dalam bulan Mei tahun lepas, pada harga RM1.38. Harga
bursa semenjak itu telah naik hampir 1,100% setelah mencecah tahap
tertinggi RM16.80 pada awal November, sebaik saja Pak Lah mengambil
alih dari Dr Mahathir. Sementara itu, tidak dipertikai akan kemampuan
syarikat yang sebelum ini telah mendapat keuntungan, tetapi adalah
diragui perniagaan syarikat tersebut telah berganda dalam tempoh
lebih sedikit dari empat bulan semenjak Pak Lah menjadi PM.
Jika
itu kesnya, mangapa pula pelabur-pelabur mencurahkan begitu banyak
wang di dalamnya?
Mereka
gemar hubungan antara SCOMI dan syarikat minyak negara Petronas.
Apabila Petronas berkembang serata dunia, ia akan memerlukan syarikat-syarikat
seperti SCOMI untuk menyelia operasi-operasinya. Lebih-lebih lagi,
Petronas sedang memasuki negara-negara seperti Sudan dan Myanmar,
di mana syarikat minyak antarabangsa seperti Halliburton tidak dibenarkan
masuk.
Malah
di Malaysia sendiri, bisnes nampak baik kerana hampir RM50 bilion
dalam kontrak industri dibuka dalam masa lima tahun akan datang.
Laporan berita baru-baru ini memberitahu bahawa Murphy Oil dari
Amerika telah menjumpai 4.5 bilion tong minyak di timur Sabah. Ini
sama seperti 22% simpanan minyak Malaysia. Oleh itu, masa depan
nampak cerah bagi SCOMI.
Tetapi
lapan kali lebih baik dalam empat bulan? Setakat ini, tiada yang
mengatakan syarikat menerima kontrak dengan harga yang melambung
atau tanpa prosidur yang betul. Jadi, isunya ialah pelabur mempunyai
persepsi SCOMI ada "hubungan baik" dan oleh itu mereka
mencurahkan wang ke dalam stok tersebut.
Tetapi
pandangan lama terhadap perniagaan berunsur politik masih kuat dan
tidak mudah padam. Pelabur-pelabur menilai saham berdasarkan hubungan
politik yang kuat.
SCOMI
mungkin merupakan satu-satunya syarikat yang ada hubungan politik
yang terkuat, tersenarai di BSKL.
Oleh
itu, walaupun Pak Lah berjanji menghentikan amalan mengutamakan
ahli perniagaan tertentu, pasaran tidak percaya kata-katanya. Setelah
Mahathir dan rakan perniagaannya hilang status keutamaan, pasaran
sedang mencari kelas baru ahli perniagaan yang ada 'connection',
yang ada hubungan dengan pentadbiran baru.
|