Seruan Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 7:06 PM

Di Malaysia: Kronisma = Kapitalisma

Kamaludin bin Abdullah bukan satu-satunya individu yang dikenali sebagai kroni orang yang berkuasa, perkara ini amat diduga, dan dia duduk teratas dalam senarai.

Ketiga dalam senarai ialah Nazir Razak, mengetuai CIMB, bank pelaburan yang terbesar di Malaysia. Pada usia 37 tahun, anak kepada Perdana Menteri ketiga dan adik kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

Pada nombor kesepuluh ialah Dato' Sulaiman Abdul Rahman Taib, anak ketua menteri Sarawak dan Pengerusi Cahya Mata Sarawak, yang memiliki Kumpulan Utama Banking dan RHB Capital.

Pada nombor 15 ialah Datuk Robin Tan, 29 tahun, anak kepada Tan Sri Vincent Tan, pemilik kumpulan Berjaya, di mana Robin Tan ialah pengarah eksekutifnya..

Pada nombor 19 ialah Tan Sri Lim Kok Thay, yang telah mengambil alih daripada bapanya sebagai presiden dan CEO Genting and Resorts World pada tahun 2002.

Ujian sebenar samada hubungan antara politik dan bisnes dipisahkan akan bergantung kepada kesanggupan Perdana Menteri baru membuatkan mereka yang terlibat agar berbuat demikian. Setakat ini, PM agak keberatan untuk ke depan dan menyatakannya secara terbuka bahawa hubungan sebegitu adalah salah. Itu akan hanya menyindir bekas PM. Tetapi dalam ucapan Abdullah, Jun lalu kepada Oxbridge Society of Malaysia dengan tajuk 'Competing for Tomorrow', dia memberi petunjuk jelas, pandangannya terhadap perkara tersebut.

 "Apabila kerajaan tidak dilihat sebagai fasilitator dalam perniagaan, tetapi sebagai penyedia kontrak dan konsesi, pedagang-pedagang akan dikerumuni agen komisyen dengan kemampuan 'know-who' dan bukan kemampuan 'know-how'," katanya. "Setelah kita berusaha mewujudkan ekonomi berdaya saing, kita mesti menilai semula cara bagaimana kita mengagih keadilan. Kita mungkin terpaksa akui bahawa ada kes-kes di mana pengagihan kekayaan dari kerajaan kepada syarikat-syarikat swasta , tidak membuahkan hasil yang kita harapkan. Ekonomi yang lebih berdaya saing tidak mampu bertahan untuk menyerap bayaran ekonomi yang tidak produktif. Oleh itu, kita mesti pastikan pengagihan keadilan dilaksanakan atas asas mengenalpasti keperluan yang tulen dan peluang diberikan kepada mereka yang mempunyai potensi yang ada nilai tambah."

Jika itu akan menjadi dasar sebenar pentadbiran Abdullah, dengan itu, adalah masa yang baik untuk berniaga. Malangnya bagi ahli perniagaan yang secara kebetulan ada kaitan dengan mereka yang berkuasa, pasaran akan tetap mengandaikan mereka akan mendapat layanan baik, walau apa Abdullah cuba kata.