Seruan Keadilan Online - Sunday, March 14, 2004 6:34 PM

BA Tawan dan Menawan Kedah

Sekretariat BA Kedah jawab isu tawan Kedah 2004

Oleh SEKRETARIAT BA KEDAH

Merujuk kepada tulisan Sdr Said Man "Tawan Kedah 2004 ; angan-angan kosong", kami menghargai pandangan dan teguran yang diberikan.

Insya-Allah akan diambil perhatian sewajarnya. Cuma ingin dijelaskan bahawa keyakinan kita pada kali ini untuk menawan Kedah adalah bukan sekadar atas niat, malah usaha menggembleng tenaga di seluruh pelusuk bumi Jelapang Padi serta usaha disemua peringkat lapisan masyarakat telah, sedang, dan akan diteruskan. Mungkin pendekatan kami di sini tidak drastik seperti yg diamalkan di negeri lain (baik yg telah diperintah mahupun yang belum).

Hubungan kami dengan KCS (Kedah Civil Servant) memang telah tersedia akrab. Kami telah bersama sejak sekian lama dan rasanya kurang stratejik kalau digembar-gemburkan pada ketika yg begitu "delicate" ini.

Lawatan ke Pejabat Daerah dan Wisma Negeri tidak perlu diresmikan kerana di kalangan "12+1 Tok Wakil" kita memang telah mempunyai access ke semua departmen secara amnya.

Usaha kita menawan Kedah pun jangan dipandang dari sudut TAWAN semata-mata, kita lebih kepada MENAWAN iaitu mencantik, membersihkan, dan menyelamatkan bumi Jelapang Padi yang kami cintai ini.

Hanya kami harapkan kepada semua pencinta keadilan dan kebenaran di mana jua berada supaya sentiasa mendoakan agar kami ikhlas dlm berjuang, berjaya dlm perlawanan, berjaya mewujudkan sebuah negeri yang MAKMUR DALAM KEADILAN, DAN ADIL DALAM KEMAKMURAN. - Mohd Zamri