Seruan Keadilan Online - Sunday, November 16, 2003 2:11 PM

Negara-negara OIC antara yang paling korup

Menulis dari Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran mengenai perbezaan di antara ekemewahan tempat persidangan (OIC)f dengan eketandusan idea amat sangat tentang cara mengubati penyakit umat Islam - pentadbiran buruk, kemunduran ekonomi berjuta-juta manusia dan keresahan politik di kalangan warga.f

Persoalannya adalah sama ada Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam ke-10 di Putrajaya baru-baru ini dapat menangani eisu-isu pentingf mengenai keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran baik di dunia Islam, khasnya eTiga Kekuranganf yang bertanggungjawab sebahagian besarnya bagi kemunduran politik dan sosio ekonomi penduduk di 57 buah negara ahli OIC, yakni (i) kebebasan; (ii) pemberian kuasa kepada wanita; dan (iii) pengetahuan.

Peserta-peserta Sidang Kemuncak OIC di Putrajaya perlu mengambil kira peringatan Anwar bahawa emelaung-laung terhadap neo-kolonialisme dan mengeluarkan kenyataan berpura-pura yang basi mengenai kehebatan pendekatan Islam bukannya pengganti bagi rancangan yang berkesan untuk menangani situasi masyarakat Islam yang menyedihkan.f

Seandainya peserta-peserta Sidang Kemuncak OIC serius tentang isu-isu penting berhubung keadilan, kebebasan dan pentadbiran baik, maka mereka patut mengatur suatu perbahasan khas mengenai Indeks Persepsi Korupsi 2003 Transparency International (TI) yang memasukkan 38 daripada 57 negara anggota OIC di dalam senarai terbaru tahap korupsi 133 buah negara TI.

Indeks Persepsi Korupsi 2003 TI tersebut yang diumumkan baru-baru ini mencerminkan OIC dalam kedudukan buruk dan merupakan suatu bukti kegagalan negara OIC untuk berdepan dengan masalah korupsi di atas sebab-sebab berikut:

- Daripada 38 negara OIC yang disenaraikan dalam Indeks Persepsi Korupsi 2003 TI, tidak ada satu pun negara OIC di dalam kedudukan 25 negara paling tidak korup di dunia dengan angka Indeks Persepsi Korupsi lebih tinggi daripada 6.3 di mana angka sempurna adalah 10.

- Hanya enam negara OIC yang mempunyai angka lulus melebihi 5 daripada angka sempurna 10, iaitu Oman dan Bahrain (kedua-duanya No. 26, 6.3), Qatar (No. 32, 5.6), Kuwait (No. 35, 5.3), Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (kedua-duanya No. 37, 5.2).

- 32 negara atau 84.2% daripada negara OIC mempunyai angka kurang daripada 5, sementara 25 negara mencatat angka 3 atau kurang, menandakan tahap koruspi yang tinggi.

- Lebih separuh daripada 21 negara paling korup di kalangan 133 negara terlibat adalah anggota OIC, iaitu Iraq, Sierra Leone, Cote d'Ivoire, Kyrgyzstan, Libya, Indonesia, Azerbaijan, Cameroon, Tajikistan, Nigeria dan Bangladesh.

- Enam daripada 12 negara paling korup di dunia dengan angka kurang daripada 2 adalah daripada negara anggota OIC; dan

- Dua negara paling korup di dunia di kalangan 133 negara yang dikaji adalah daripada OIC, iaitu Nigeria yang berada dalam kedudukan 132 dengan angka 1.4 dan Bangladesh yang berada dalam kedudukan terakhir dengan angka 1.3.

Sidang Kemuncak OIC ke-10 sepatutnya mengisytiharkan perang ke atas korupsi di kalangan 57 negara anggotanya dengan Pelan Tindakan Anti-Korupsi tiga tahun untuk membebaskan negara-negara OIC daripada belenggu negara-negara paling korup di dunia.

Ia perlu menubuhkan suatu bahagian Integriti Negara atau Transparensi Khas dalam Sekretariat OIC untuk memantau situasi korupsi dalam 57 negara anggota dengan mengeluarkan suatu laporan tahunan mengenai indeks persepsi korupsi sendirinya bagi semua negara OIC.

Sidang Kemuncak OIC harus meluluskan suatu usul bahawa di setiap Sidang Kemuncak OIC akan datang, suatu Laporan Pembangunan Manusia OIC perlu disediakan dan diterbitkan berdasarkan kajian pemenang Anugerah Nobel Amartya Sen dan lain-lain untuk menilai situasi pembangunan OIC daripada perspektif berkepentingan rakyat yang meletakkan perkembangan keupayaan manusia, pilihan dan peluang di tengah-tengah proses pembangunan.

Sidang Kemuncak OIC perlu mengambil iktibar daripada Laporan Pembangunan Manusia Arab Pertama yang dikeluarkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Julai tahun lepas yang mendapati bahawa walaupun sejumlah 22 negara Arab yang dikaji (mewakili keanggotaan teras OIC) mempunyai kekayaan daripada sumber minyak, mereka masih berada dalam kedudukan berhampiran tangga tercorot di dunia (bahkan dalam sesetengah keadaan di belakang Afrika Sub-Saharan) dalam hal-hal berhubung kebebasan sivil dan ekonomi, penyertaan wanita dalam kehidupan awam dan pengeluaran serta pemerolehan pengetahuan dan kemahiran baru.

(Laporan ini diterjemahkan dari komen yang dibuat oleh Pengerusi Nasional DAP, Lim Kit Siang)