Seruan
Keadilan Online - Sunday, November 16, 2003 1:58 PM
Anwar
minta bicara semula kes ‘liwat’
Anwar
Ibrahim telah memfailkan notis kepada Mahkamah Rayuan untuk mengadakan
bicara semula kes ‘liwat’ yang menyebabkan beliau dihukum penjara
sembilan tahun pada 8 Ogos 2000 lalu.
Permohonan
dibuat oleh peguam Anwar, Sankara Nair pada 14 Oktober 2003.
Salah
satu di antara 24 sebab yang dikemukakan apabila beliau membuat
rayuan ialah kesalahan hakim bicara yang tidak mengikut Seksyen
402A dalam Kanun Tatacara Jenayah.
Dalam
seksyen ini, notis alibi mesti dibuat 10 hari sebelum perbicaraan
bermula. Menafikan hak orang yang dituduh untuk memfailkan notis
alibi bercanggah dengan Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Ini
menyebabkan perbicaraan Anwar salah di sisi undang-undang.
Kepatuhan terhadap Seksyen
402A tidak bergantung kepada keputusan mahkamah. Ia adalah mandatori
dan jika hakim perbicaraan gagal mematuhinya, beliau telah melanggar
Perlembagaan dan ini akan mencemari seluruh perbicaraan itu.
Antara perkara lain, Anwar
mendakwa bahawa keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim Pajan Singh
Gill, Richard Malanjum dan Hashim Mohd Yusof mendedahkan ‘satu siri
kesalahan yang perlu diperbetulkan’.
Para
hakim tersebut telah menyokong keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ariffin
Jaka (kini Hakim Mahkamah Rayuan) untuk mensabitkan kesalahan Anwar
dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja atas dakwaan meliwat
Azizan Abu Bakar.
Anwar
dihukum penjara selama sembilan tahun sementara Sukma dipenjarakan
selama enam tahun dan disebat sebanyak empat kali.
Sementara
itu, Anwar telah menulis surat kepada Ketua Hakim Negara, Tan Sri
Ahmad Fairuz Halim, supaya diberikan satu tarikh awal untuk permohonannya
untuk penilaian semula kehakiman terhadap kes pertama (rasuah) didengar.
(Bahagian
1 surat tersebut disiarkan di muka 12)
Pada
bulan Ogos 2002, Anwar telah memohon untuk penilaian semula kehakiman
terhadap kesalahan dan hukuman penjara enam tahun bagi rasuah, hukuman
yang telah tamat beliau dilalui pada 14 April tahun ini.
Mahkamah
sepatutnya bersidang pada 10 Mac 2003 tetapi ditangguhkan tanpa
tarikh yang baru; dan ini berlaku tujuh bulan yang lalu.
Sankara
berkata bahawa Anwar merasa kecewa dengan penangguhkan Mahkamah
Persekutuan selama tujuh bulan dan telah mengarahkan beliau menghantar
surat memohon supaya perkara ini disegerakan.
"Kami
rasa Mahkamah tidak mempunyai sebab untuk menangguhkan kes ini lagi,"
kata Sankara.
Dalam
suratnya, Anwar berkata permohonannya telah ditangguhkan untuk satu
jangkawaktu yang lama dan beliau mendesak Ketua Hakim Negara menetapkan
satu tarikh dengan segera.
Walaupun
perkara ini telah disebut dalam Mahkamah pada 18 Mac 2003, tetapi
ia ditangguhkan di atas permintaan oleh Pendakwaraya dan Peguam
Negara, Abdul Gani Patail, supaya kes tersebut didengar oleh sebuah
panel yang terdiri dari lima orang hakim, dan bukannya tiga.
Pada bulan Julai tahun lalu,
Ketua Hakim Negara ketika itu, Mohamed Dzaiddin Abdullah, Ketua
Hakim bagi Sabah dan Sarawak Steve Shim dan Hakim Haidar Mohd Nor
(kini Ketua Hakim Malaya) telah menyokong keputusan Hakim Mahkamah
Tinggi
Augustine Paul (kini Hakim
Mahkamah Rayuan) untuk menghukum Anwar dengan enam tahun penjara
kerana melakukan ‘rasuah’, walaupun ianya tidak melibatkan sebarang
jumlah wang.
|