Seruan
Keadilan Online - Sunday, November 16, 2003 2:08 PM
Rakyat
Sabah kempen bantah sistem gilir Ketua Menteri
Sebuah
badan bukan kerajaan (NGO) Badan Bertindak Belia Pencinta Nusa Malaysia
(Cintanusa) melancarkan kempen agar sistem penggiliran Ketua Menteri
Sabah dihapuskan segera.
Kempen
mereka mendapat sokongan menyeluruh rakyat di negeri itu.
Sebagai
tanda bantahan kepada sistem penggiliran itu, kira-kira 50,000 ribu
lilitan tangan ‘Tidak Kepada Penggiliran' kini sedang diedarkan
kepada orang ramai.
Selain
itu Cintanusa juga mensasarkan 100,000 tandatangan daripada orang
ramai akan berjaya dikutip selewat-lewatnya pada akhir bulan Oktober
sebagai tanda sokongan kepada sistem penggiliran itu perlu dihapuskan
segera.
Pengerusinya,
Zulkarnaen Mahadar berkata, daripada tindakbalas yang diterima hampir
100 peratus menyokong supaya sistem tersebut dihapuskan.
“Kita
berharap apa yang dilakukan ini memberi kesedaran kepada pemimpin
kerajaan bahawa majoriti rakyat di negeri ini mahu supaya penggiliran
Ketua Menteri dihapuskan segera,” katanya.
Pihaknya
juga dijangka akan menghantar surat kepada sesetengah pemimpin BN
yang cuba mempertikaikan tindakan itu supaya mereka juga dapat memikirkan
secara positif untuk membuat pungutan suara seperti itu.
“Kita
juga ingin mencabar pemimpin-pemimpin BN supaya dapat membuat kataputus
agar pungutan suara seperti ini dapat dilaksanakan bagi menunjukkan
reaksi awam mengenai sistem penggiliran itu,” tegasnya.
Zulkarnaen
berkata, ‘tidak timbul desas-desus orang ramai mempertikaikan tindakan
kami, malah kempen tersebut berjalan lancar dan terus mendapat sokongan
padu daripada rakyat.’
Cintanusa
sebelum ini menimbulkan sedikit kejutan apabila badan itu bercadang
untuk bertanding pada pilihan raya akan datang sekiranya mereka
menemui kegagalan dalam kempen itu.
“Tindakan
ini (bertanding pada pilihanraya akan datang) sebagai bantahan kita
kepada sistem penggiliran itu. Kita beranggapan bahawa malang sekali
sekiranya sistem tersebut diteruskan kerana ia jelas banyak memberi
masalah kepada rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri,” jelasnya.
Seruan
Keadilan Bil. 22 yang lalu turut melaporkan desakan Badan Perhubungan
parti keADILan Sabah agar mengembalikan hak perlantikan Ketua Menteri
kepada rakyat Sabah seperti yang termaktub di dalam Undang-undang
Tubuh Negeri Sabah.
Pengerusi
keADILan Sabah, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, daripada
maklum balas rakyat negeri itu, mereka merasakan sistem penggiliran
yang diperkenalkan oleh Barisan Naisonal (BN) di negeri itu sebagai
tidak menghormati peruntukan undang-undang negeri yang sedia ada.
|