Seruan
Keadilan Online - Saturday, December 20, 2003 4:24 PM
Pilihanraya
umum dijangka Mac atau Jun 2004
Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) telah menolak kemungkinan pilihanraya akan dijalankan
pada bulan Disember ini kerana faktor cuaca yang buruk dan kesibukan
musim perayaan pada akhir tahun.
Mereka
sebaliknya mejangka piliharaya akan diadakan pada bulan Mac atau
Jun tahun depan.
Setiausaha
SPR Wan Ahmad Wan Omar memberitahu sebuah akhbar arus perdana baru-baru
ini bahawa beliau tidak percaya pilihanraya akan diadakan pada bulan
Disember depan kerana faktor bukan politik, iaitu situasi musim
monsun.
Menurutnya lagi, ketika musim
monsun, banjir sering berlaku di daerah utara dan timur Malaysia.
Dengan
ini, ia akan menyukarkan kerja pentadbiran SPR dan juga menghalang
penduduk-penduduk luar bandar dari mengundi.
Bagaimanapun,
Wan Ahmad berkata bukan menjadi masalah bagi SPR untuk mengadakan
pilihanraya pada bila-bila masa kerana mereka telah bersiap sedia
sejak setahun lalu.
“Namun,
emosi pengundi harus diambil pertimbangan juga. Biasanya mereka
agak sibuk bercuti dan ada urusan penting lain semasa musim perayaan,”
tambahnya.
Menurutnya
lagi, Perdana Menteri baru, Abdullah Ahmad Bawadi berhak memutuskan
tarikh mengadakan pilihanraya, tetapi beliau percaya ia hanya akan
diadakan pada bulan Jun depan.
Ini
adalah kerana ia harus selaras dengan pilihanraya peringkat negeri
di Sabah dan Sarawak.
SPR
mempunyai peruntukan sebanyak RM111 juta ringgit untuk menjalankan
kerja-kerja pilihanraya akan datang. Jumlah peruntukan ini meningkat
28% dari jumlah sebelumnya.
SPR dijangka akan mengupah
seramai 140,000 orang pekerja dan juga 30 buah helikopter untuk
menguruskan kerja penghantaran kertas-kertas undi ke kawasan luar
bandar.
Sementara
itu, Abdullah menyatakan bahawa ia akan diadakan lebih awal lagi
kerana beliau ingin mendapat mandat dari pengundi setelah mengambil
alih jawatan perdana menteri setelah Mahathir Mohamad meletak jawatan
pada 31 Oktober lalu.
|