Seruan
Keadilan Online - Saturday, December 20, 2003 4:24 PM
Pemuda
BA lancar Road Show dedah salah laku BN
Pemuda
Barisan Alternatif (BA) akan melancarkan Road Show mendedah salah
laku dan dosa kerajaan Barisan Nasional (BN) bermula 7 Disember
ini di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Ketua
Penerangan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, Pemuda PAS dengan
kerjasama Angkatan Muda keADILan telah bersetuju untuk berganding
bahu dalam mengendalikan program tersebut yang dijangkakan berlarutan
hingga menjelang pilihan raya akan datang.
Mazlan
menegaskan, tujuan ‘road show’ yang akan turut dijayakan ke seluruh
negara itu diadakan ialah bagi mendedahkan kepada umum bahawa terlalu
banyak penyelewengan dilakukan oleh BN sejak dahulu lagi.
Katanya,
antara isu tersebut ialah sekatan bantuan perkapita terhadap Sekolah
Agama Rakyat (SAR), kegagalan BN memajukan negeri orang Melayu seperti
Pulau Pinang, dan pelbagai isu pencabulan hak asasi rakyat dengan
pelbagai akta yang tidak selari dengan prinsip Islam, perlembagaan
persekutuan dan demokrasi.
“Kita
mahu rakyat sedar akan kepincangan, dosa dan salah laku yang dilakukan
oleh BN,” tegasnya.
Program
tersebut akan dibarisi oleh beberapa Pimpinan Tertinggi Pemuda keADILan
dan Pemuda PAS, seperti Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, Ketua
Angkatan Muda keADILan, Ezam Mohd Noor, Timbalan Ketua Pemuda PAS,
Ustaz Idris Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi keADILan, Lokman Adam serta
Mazlan Aliman.
Menurut
Mazlan, program tersebut akan diadakan di Lot 5260 Kampung Masjid
71750, Lenggeng Negeri sembialn, bermula pada 4.30 petang hingga
12.00 malam
Antara
cadangan program pada hari tersebut ialah, lawatan ke tapak pelupusan
sampah Insinerator Broga Semenyih, sidang media serta Pelancaran
Deklarasi Pemuda BA oleh saf pimpinan selain ceramah yang bakal
menyusul selepas pelancaran tersebut.
Mazlan
berkata, Pemuda menyeru seluruh rakyat terutama sekali warga Pemuda
turut serta menjayakan program tersebut dalam cita-cita menghapuskan
penyelewengan yang dilakukan oleh BN.
|