Seruan
Keadilan Online - Saturday, December 20, 2003 4:29 PM
Dong
Jiao Zong ingin Pak Lah tahu ‘kisah benar’ pendidikan bahasa ibunda
Pertubuhan
pendidikan Cina yang terkenal Dong Jiao Zong (DJZ) menaruh harapan
bahawa Perdana Menteri baru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan
menangani beberapa isu pendidikan bahasa ibunda yang belum diselesaikan
dan yang ditinggalkan oleh bekas Perdana Menteri dahulu.
Badan yang berpengaruh tersebut,
yang terdiri dari dua organisasi - United Chinese School Committees
Association of Malaysia (Dong Zong) dan United Chinese School Teachers
Association of Malaysia (Jiao Zong) kini sedang merangka satu
memorandum untuk dihantar kepada Abdullah.
Presiden
Dong Zong, Quek Suan Hing berkata bahawa gerakan tersebut telah
menghantar surat rasmi memohon pertemuan dengan Abdullah.
Beliau
berkata pertubuhan tersebut mengambil kira nasihat Abdullah bahawa
rakyat Malaysia harus memberitahunya perkara sebenar mengenai sesuatu
situasi dalam negara.
“Perdana
Menteri yang baru bermakna kepimpinan yang baru. Kami berharap Abdullah
akan mengambil tindakan untuk menangani masalah pendidikan Cina
yang belum diselesaikan,” katanya.
Bagaimanapun,
Quek enggan memberitahu lebih lanjut mengenai agenda pertemuan tersebut.
Pertubuhan
itu dijangka mengemukakan isu mengenai polisi kerajaan yang memperkenalkan
mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sejak Januari
lalu.
Adalah
dipercayai bahawa kempen DJZ tahun depan ialah untuk mendapat sokongan
untuk mengubah polisi kerajaan tersebut.
Satu
kumpulan telah dibentuk untuk mengumpul fakta dan angka-angka mengenai
kesan daripada polisi tersebut.
Menurut
sumber, kajian yang dibuat tahun ini di sekolah rendah Cina mendapati
bahawa kualiti akademik semakin menurun disebabkan sukatan mata
pelajaran yang ‘lebih mudah’.
Didapati
bahawa guru-guru sekolah juga sering tidak hadir di kelas kerana
terpaksa hadir dalam kursus-kursu latihan khas.
DJZ
sangat vokal menentang polisi ini dan organisasi ini pernah dilabelkan
sebagai ‘ekstremis’ dan ‘chauvinis’.
Abdullah
sendiri pernah memberi amaran mahu menggunakan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan terhadap pembangkang yang mempersoalkan
polisi kerajaan tersebut.
Isu
lain yang dijangka dikemukakan oleh DJZ ialah kekurangan sekolah
dan guru Cina, Sekolah Wawasan dan keperluan membina lebih banyak
sekolah bahasa ibunda.
Sementara
itu, adalah dipercayai bahawa Pembantu Khas yang baru dilantik oleh
Perdana Menteri, Dr Vincent Lim, bekas penganalisa kanan Institut
Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS), telah menjemput pemimpin-pemimpin
pelajar Cina dari universiti tempatan untuk berdialog bersamanya.
Menurut
sumber, Lim berharap sesi tersebut akan meningkatkan kefahaman kerajaan
mengenai masalah yang dihadapi oleh siswa-siswi Cina.
Lim
juga dipercayai akan mengemukakan masalah-masalah ini kepada Perdana
Menteri.
|