Seruan
Keadilan Online - Saturday, December 20, 2003 4:29 PM
Hadkan
jawatan PM dua penggal
Kumpulan
masyarakat madani telah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi agar menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan
Menteri Besar atau Ketua Menteri selama dua penggal sahaja.
Kumpulan
tersebut yang terdiri dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga
menyeru Abdullah untuk mengembalikan pemilihan bagi ahli majlis
perbandaran/bandaraya dan Dewan Negara.
Ini
merupakan antara tuntutan yang dibuat di dalam memorandum yang dipanggil
‘Reforming Malaysia: 100 Days to Act’.
Dalam
sidang media yang dianjurkan oleh Suaram di Kuala Lumpur, Pengarah
Eksekutifnya Cynthia Gabriel, berkata sebanyak 60 pertubuhan telah
menerima dan menyokong memorandum tersebut.
Tambahnya,
mereka berharap untuk menyerahkan dokumen tersebut kepada Abdullah
jika dapat bertemu untuk membincangkan ‘harapan bersama membentuk
Malaysia’.
Di
samping memulihkan institusi-institusi demokrasi, memorandum itu
juga mengesyorkan langkah-langkah khusus mengenai 10 isu yang Abdullah
perlu tangani.
Cynthia
berkata, Abdullah mesti ‘menggubal Akta Perhubungan Kaum dan membentuk
Suruhanjaya Perhubungan Kaum’ agar dapat menangani isu-isu perkauman
dan diskriminasi perkauman.
Sementara
itu, beliau berkata satu undang-undang harus diwujudkan yang akan
memberi kuasa mengisytiharkan segala penswastaan projek-projek dan
pelaburan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Ini
supaya wang rakyat dan tabung yang telah ‘dibazirkan dan disia-siakan’
ke atas ‘projek kroni’ yang gagal dapat dikembalikan,” jelasnya.
Mengenai
isu rasuah, Cynthia berkata, Abdullah perlu membuat peraturan agar
semua wakil rakyat mengisytiharkan harta mereka kepada umum.
Beliau
menambah bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) wajar di disusun semula
‘untuk memastikan ia bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen’.
Menurutnya
lagi, Abdullah mesti berpegang kepada janji yang dibuat semasa pilihan
raya 1999 berkaitan sokongan tambahan untuk sekolah-sekolah Cina
dan Tamil, begitu juga pendidikan agama Islam.
“Laksanakan
tambahan sekolah-sekolah Cina Tamil dengan subsidi, sumber dan kemudahan
dan menyambung semula pembiayaan Sekolah Agama Rakyat oleh [kerajaan]
pusat,” ujarnya.
Menyentuh
isu diskriminasi dan keganasan terhadap wanita, Cynthia berkata,
Abdullah mesti mengadakan kerjasama antara kumpulan kerja parlimen
dan kementerian untuk melaksanakan ‘Women’s Agenda for Change (WAC)’
yang telah dilancarkan empat tahun lalu.
Perkara
lain yang memerlukan perhatian Abdullah adalah isu hak asasi manusia,
keadaan tempat pekerja, pertanggungjawaban polis, kehakiman yang
bebas dan telus, kebebasan media, dan hak pribumi.
Sementara
itu,, setiausaha agung Hakam, Elizabeth Wong berkata mereka masih
menunggu maklum balas Perdana Menteri walaupun banyak surat telah
telah dihantar meminta diadakan dialog tentang isu-isu yang ditimbulkan
dalam memorandum tersebut.
Pengurus
program untuk All Women’s Action Society (Awam) S Manohary, pula
berkata Abdullah perlu menangani dua isu yang memberi kesan terhadap
wanita.
Katanya,
Abdullah mesti mengambil langkah untuk menyeragamkan undang-undang
Syariah dan meminda mana-mana undang-undang yang mendiskriminasi
wanita.
Tambah
Manohary, Abdullah perlu memastikan undang-undang melindungi wanita
daripada keganasan dan diskriminasi diluluskan.
|