Seruan Keadilan Online - Saturday, December 20, 2003 4:28 PM

Jualan runcit terus lembab

Jualan runcit di Malaysia tidak mungkin maju seiring dengan kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk beberapa tahun lagi kerana walaupun pembeli bersifat optimistik namun mereka bersikap  berhati-hati oleh kerana kenaikan gaji yang sederhana.

Ahli ekonomi MIDF Sisma Securities Sdn Bhd, Azrul Azwar berkata keadaan hanya akan berubah pada tahun 2005 apabila pembeli lebih yakin berbelanja.

Sementara beliau mengharapkan pertumbuhan dalam perbelanjaan pembeli untuk tahun ini, beliau berkata pembeli tidak mungkin membeli secara berlebihan.

“Walaupun pembeli kembali beramai-ramai dalam beberapa bulan ini, kami dapati bahawa para pembeli lebih suka melihat (window-shopping) dari membeli dengan sebenarnya.

“Oleh itu, kadar jualan hanya bertambah sedikit sahaja,” beliau dipetik sebagai berkata dalam majalah Business Times baru-baru ini.

“Oleh itu, prestasi pertumbuhan dalam sektor jualan berbanding dengan pertumbuhan KDNK hanya akan berterusan untuk satu tahun lagi, satu pola yang dilihat sejak 2001,” katanya.

Kumpulan Retail Malaysia, yang mengumpul data untuk Persatuan Jualan Runcit Malaysia (MRA) awal-awal lagi telah meramalkan bahawa jualan runcit dalam negara akan bertambah sebanyak 6.0 peratus se sen dalam tahun 2004.

Ia mempercayai bahawa prestasi jualan runcit adalah selaras dengan ekonomi negara, yang nampaknya akan pulih dengan baiknya pada tahun depan setelah mengalami kelembapan selama enam tahun.

“Kerajaan menjangka bahawa KDNK akan bertambah antara 5.5 peratus hingga 6.0 peratus se sen dalam tahun 2004.

“Kami harap pertumbuhan jualan runcit akan bertambah denga pertumbuhan ekonomi dan kami meramalkan bahawa ia akan berada pada 6.0 peratus se sen,” kata Pengarah Pengurusan Kumpulan Retail Malaysia, Tan Hai Hsin.

Jualan runcit berkurangan sebanyak 0.1 peratus se sen dalam suku tahun pertama tahun ini, dan berkurangan lagi sebanyak 2.9 peratus se sen dalam suku tahun kedua.

Pada masa yang sama, pertumbuhan KDNK untuk suku tahun pertama ialah 4.6 peratus se sen, dan untuk suku tahun kedua, 4.5 peratus se sen.

Dalam tahun 2000, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan mencadangkan bahawa Malaysia menjalan aktiviti jualan murah di seluruh negara dalam bulan-bulan Mac, Ogos dan Disember.

Ini bertujuan menggalakan kuasa membeli dan menjadikan Malaysia satu destinasi membeli-belah yang digemari.

Kementerian tersebut mengharapkan agar sasarannya untuk menjadikan Malaysia satu syurga membeli-belah antarabangsa dapat dicapai pada 31 Disember 2003.

Selepas tarikh tersebut, penjual dan kerajaan, melalui kementerian tersebut bersama dengan Kementeri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, akan menganalisa kesan kempen jualan sebanyak tiga musim itu.

Bagaimanapun, belum lagi tamat jualan murah akhir 2003, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kempen tersebut akan terus dijalankan.

“Mereka yang tidak boleh melakukan kempen jualan beli-belah itu tidak perlu melakukannya. Tetapi kami akan terus meyakinkan (penjual tempatan untuk mengambil bahagian), katanya di Perjumpaan National Think Tourism pada bulan lalu.

“Sasaran Disember 2003 dipilih oleh saya untuk memaksa semua orang berkerja keras dalam mencapai cita-cita ini,” katanya.

Namun begitu, oleh kerana kesukaran menjadikan seluruh negara sebagai destinasi membeli-belah, kementerian tersebut memilih hanya lapan zon membeli-belah.

Lokasi yang dikenal-pasti ialah Langkawi, Pulau Pinang, Lembah Kelang, Melaka,  Johor Baru, Kuching, Kota Kinabalu dan Labuan.

Sejak karnival jualan besar-besaran selama tiga musim dalam tahun 2000, peniaga tempatan menyuarakan keperluan untuk mengurangkan musim jualan besar-besaran seperti itu kerana ia akan menjejaskan keuntungan mereka, terutamanya apabila jualan sedemikian dilaksanakan dalam musim perayaan.

Tambah mereka, langkah kerajaan itu sebenarnya tidak menggalakkan orang membeli-belah dalam negara.