Seruan
Keadilan Online - Saturday, December 20, 2003 4:43 PM
Parlimen
dituntut jalankan siasatan
Parlimen
Malaysia dituntut untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung
dengan laporan palsu yang dikemukakan oleh delegasi Parlimen Malaysia
kepada Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU) mengenai kesihatan Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Presiden
keADILan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan
Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, siaatan tersebut perlu dijalankan
oleh Parlimen bersama-sama dengan Jabatan Penjara dan Hospital Kuala
Lumpur (HKL).
“Saya
bersama-sama dengan Ahli Parlimen PAS dan DAP akan meminta untuk
mengadakan pertemuan dengan Speaker Parlimen bagi membincangkan
isu ini untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab memberikan
maklumat palsu tersebut,” katanya.
Beliau
menyatakan demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 4 Disember
2003 lalu.
Kenyataan
tersebut dikeluarkan sebagai reaksi kepada laporan rasmi Parlimen
Malaysia kepada IPU yang berpengkalan di Geneva pada September 2003
lalu yang jelas memberikan maklumat salah dan mengelirukan berhubung
dengan keadaan kesihatan Anwar.
Dalam
laporan tersebut Anwar dikatakan mendapat sebuah bilik (rawatan)
eksklusif yang besar serta berhawa dingin dan disambung dengan bilik
yang dilengkapi peralatan gimnasium seperti yang diperlukan oleh
beliau bagi tujuan rawatan.
Malah
laporan tersebut turut menyatakan bahawa dalam tempoh antara Oktober
1999 hingga Jun 2003, Anwar dibawa keluar secara rutin untuk menerima
rawatan.
Sedangkan
hakikatnya, Anwar hanya dibekalkan dengan sebuah katil latihan dengan
dua ‘dumbbell’ yang diletakkan di bilik bersambung yang kecil dan
bilik tersebut tidak mempunyai peralatan gimnasium lengkap serta
pendingin hawa seperti yang didakwa.
Manakala dalam tempoh antara
Oktober 1999 dan Jun 2003, Anwar hanya dibawa ke hospital untuk
mendapat rawatan sebanyak dua kali, iaitu untuk rawatan pneumonia
dan rawatan tulang belakang.
Jawatankuasa
Hak Asasi Manusia IPU dalam sidang ke-102 pada 7 hingga 10 Jun 2003
di Geneva meluluskan cadangan meminta Parlimen Malaysia sebagai
institusi yang bertanggungjawab melindungi hak asasi mendesak pihak
berkuasa Malaysia membenarkan Anwar mendapatkan rawatan termasuk
rawatan di luar negara atas pilihan beliau.
Bagaimanapun
Parlimen Malaysia setakat ini mengambil sikap berdiam diri dan tidak
mengambil sebarang tindakan susulan serta menolak cadangan dan hujah
yang diluluskan oleh IPU sejak beberapa tahun lalu berhubung kes
Anwar.
Menurut
Dr. Wan Azizah, beliau kesal pemalsuan dilakukan di dalam laporan
rasmi Parlimen yang memberikan implikasi buruk kepada imej dan integriti
Parlimen Malaysia.
Katanya,
keadaan sebenar Anwar di penjara dengan laporan rasmi Parlimen kepada
IPU jelas bercanggah dan ia merupakan penipuan yang nyata.
Malah
katanya, dakwaan yang menyebut Anwar ditempatkan di kompleks perubatan
penjara adalah tidak benar kerana Anwar hanya ditempatkan di sebuah
klinik yang hanya dikendalikan oleh tiga orang pembantu hospital
(HA).
Beliau
turut melahirkan rasa kesalnya kerana laporan yang mengelirukan
tersebut turut dihantar kepada UNESCO di Paris kerana Anwar pernah
menjadi Preiden Persidangan Tahunan UNESCO semasa menjadi Timbalan
Perdana Menteri dahulu.
Ini
memberikan gambaran bahawa laporan yang mengelirukan tersebut memang
mempunyai niat jahat untuk memberikan imej buruk kepada Anwar yang
kononnya sakit beliau tidak serius dan mendapat rawatan yang sempurna.
|