Seruan
Keadilan Online - Saturday, December 20, 2003 4:43 PM
Pembohongan
Parlimen Malaysia
Anwar
diberikan sebuah bilik (rawatan) eksklusif yang besar serta berhawa
dingin.
Bilik
yang disambung terus ke sel Anwar turut dilengkapi peralatan seperti
yang diperlukan oleh beliau bagi tujuan rawatan.
Dalam
tempoh antara Oktober 1999 hingga Jun 2003, Anwar dibawa keluar
secara rutin untuk menerima rawatan.
Jawapan
Anwar
Anwar
hanya dibekalkan dengan sebuah katil latihan dengan dua ‘dumbbell’
yang diletakkan di bilik bersambung yang kecil.
Bilik
Anwar tiada peralatan gimnasium lengkap serta pendingin hawa seperti
yang didakwa.
Dalam
tempoh Oktober 1999 dan Jun 2003, beliau hanya dibawa ke hospital
untuk mendapat rawatan sebanyak dua kali, iaitu untuk rawatan pneumonia
dan rawatan tulang belakang
Gesaan
Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU)
Jawatankuasa
Hak Asasi IPU kepada Parlimen Malaysia agar membuat desakan kepada
kerajaan Malaysia untuk membenarkan Anwar mendapat rawatan mengikut
pilihan beliau.
Parlimen
Malaysia setakat ini mengambil sikap berdiam diri dan tidak mengambil
sebarang tindakan susulan serta menolak cadangan dan hujah yang
diluluskan oleh IPU sejak beberapa tahun lalu berhubung kes Anwar.
Jawatankuasa
Hak Asasi Manusia IPU dalam sidang ke-102 pada 7 hingga 10 Jun 2003
di Geneva meluluskan cadangan meminta Parlimen Malaysia sebagai
institusi yang bertanggungjawab melindungi hak asasi mendesak pihak
berkuasa Malaysia membenarkan Anwar mendapatkan rawatan termasuk
rawatan di luar negara atas pilihan beliau.
|