Seruan
Keadilan Online - Saturday, February 21, 2004 12:47 AM
Anwar tak dibenar ikatjamin,
hakim enggan baca alasan
Bekas
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Januari
lalu gagal dalam permohonannya untuk dibenarkan ikatjamin sementara
menunggu keputusan rayuannya terhadap hukuman penjara bagi kesalahan
liwat terhadapnya.
Mahkamah
Rayuan juga menolak satu lagi permohonan Anwar supaya mahkamah yang
sama, mengkaji semula keputusan awalnya menolak rayuannya terhadap
hukuman liwat itu.
Permohonan
itu didengar oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Pajan Singh
Gill yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan bersama Hakim
Datuk Richard Malanjum dan Datuk Hashim Mohd Yusoff.
Mahkamah
yang penuh sesak para penyokong Anwar dan ahli keluarganya, mula
bersidang pada jam 3.30 petang.
Para
hakim yang bersidang berkata mereka telah menyiapkan alasan bertulis
mereka menolak permohonan Anwar itu tetapi enggan membacanya di
mahkamah.
Apabila
Anwar berulangkali meminta supaya mereka membaca alasan permohonannya
itu ditolak, Pajan menjawab, ‘keadaan tidak begitu sesuai untuk
berbuat demikian’.
Anak-anak
Anwar jelas kelihatan begitu kecewa dengan keputusan mahkamah hari
ini.
Dengan
itu, Anwar terpaksa menjalani hukuman penjara yang dijatuhkan ke
atasnya sementara menunggu pihak mahkamah membuat keputusan mengenai
rayuannya terhadap hukuman tersebut.
Anwar
juga berharap beliau dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di luar
negara bagi sakit belakangnya, yang menurutnya, semakin teruk akibat
dibelasah oleh pihak polis sewaktu dia mula-mula ditahan dahulu.
Peguam
Anwar memberitahu bahawa mereka akan mengemukakan rayuan baru di
Mahkamah Persekutuan secepat mungkin, bagi mendapat ikatjamin untuk
Anwar.
Anwar
telahpun menjalani hukuman penjara selama empat tahun bagi kesalahan
rasuah dan kini sedang menunggu keputusan rayuannya terhadap hukuman
9 tahun penjara bagi kesalahan liwat.
Berikutan
keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang ianya tidak mempunyai bidangkuasa
untuk mengkaji semula keputusannya sendiri, maka Anwar kini perlu
mengemukakan rayuan selanjutnya di Mahkamah Persekutuan.
Kira-kira
200 orang yang berkumpul di luar Istana Keadilan, Putrajaya jelas
kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan ikatjamin
Anwar itu.
Pada
18 April lalu, Mahkamah Rayuan telah mengekalkan hukuman sembilan
tahun penjara ke atas Anwar bagi kesalahan liwat. Pada hari yang
sama, mahkamah berkenaan juga telah menolak permohonan Anwar untuk
dibenarkan ikatjamin.
Anwar
tidak mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi sebaliknya
beliau memfailkan permohonan supaya Mahkamah Persekutuan mengkaji
semula keputusannya itu kerana mendakwa ia (mahkamah) melakukan
kesilapan ketika mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah
Tinggi.
Pada
8 Ogos 2000, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka mendapati
Anwar bersalah ‘meliwat’ Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isterinya
yang juga presiden parti Keadilan, Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Malaysiakini
|