Seruan
Keadilan Online - Saturday, February 21, 2004 12:49 AM
Berikutan
tindakan ganas polis
Isu
Anwar menakutkan Abdullah - Ezam
Ketua
Pemuda keADILan, Mohd Ezam Mohd Nor berkata kempen Gerakan Anwar
Bebas (GAB) yang diadakan di seluruh negara sekarang menakutkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau
mengulas tindakan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang
merempuh majlis pelancaran GAB di Pasir Salak, Perak pada 24 Januari
lalu.
Dalam
kejadian tersebut, FRU yang lengkap dengan dengan peralatan ‘water
cannon’ merempuh masuk ke markaz keADIlan dan terus bertindak memadamkan
lampu dan merampas alat pembesar suara ketika Ezam sedang berucap.
Polis
kemudian bertindak membelasah Ketua Pemuda keADILan Perak, Zulhelmi
Yahya sehingga cedera teruk.
Beliau
kemudiannya ditahan bersama Ketua Pemuda PAS Perak, Muhaimin Sulam;
Ketua Pemuda keADILan Selangor, SD Johari dan Ketua Pemuda keADILan
Kedah, Zamil Ibrahim.
Mereka
ditahan di balai polis Teluk Intan sejurus selepas itu sebelum dibebaskan
pagi 25 Januari 2004.
Menurut
Ezam, sebelum ini telah banyak kali ceramah diadakan di tempat sama
atas isu lain dan tidak pernah diganggu polis.
“Tetapi
bila menyentuh isu Anwar Ibrahim, polis dikerah dengan tindakan
ala Gestapo walaupun ia diadakan di premis sah parti keADILan.
“Tindakan
keras polis yang sudah tentu atas arahan politik ini jelas memerlihatkan
sikap panik dan takut Abdullah apabila berhadap dengan isu Anwar,”
tegas Ezam.
Sebelum
ini polis berindak di saat akhir menarik balik permit pelancaran
GAB di Kelang, Selangor serta mengganggu konvoi rakyat di Kuala
Lumpur.
Kekejaman
polis terhadap pembangkang
Mengulas
lanjut tindakan polis tersebut, Ezam menggesa Abdullah mengutamakan
isu ini sebagai agenda utama Suruhanjaya Di Raja mengenai Polis
yang akan diumumkan kelak.
“Saya
ingin mengingatkan Abdullah supaya menekankan suruhanjaya tersebut
mengutamakan kekejaman polis terhadap pembangkang sebagai isu utama.
Tak bererti bagi Abdullah berbicara mengenai disiplin polis sekiranya
isu utama ini diabaikan," katanya.
Beliau
juga mengkritik pihak polis yang dianggap tidak tahu memilih keutamaan
dalam menjalankan tugas.
“Polis
sepatutnya menumpukan usaha membanteras gejala sosial. Sebaliknya,
ketika jenayah berleluasa, pihak polis mengerahkan sebahagian besar
angggotanya untuk menyekat kegiatan politik pembangkang,” tambahnya.
|