Seruan
Keadilan Online - Saturday, February 21, 2004 12:50 AM
SJK(C)
Damansara: MCA digesa jangan kelirukan masyarakat Cina
Oleh:
SKChua
Jawatankuasa
Mempertahankan Sekolah Asal dan Memohon Sekolah Kedua SJK(C) Damansara
telah membuat aduan pencabulan hak asasi manusia tentang isu penutupan
sekolah SJK(C) Damansara asal kepada Suhakam pada 19 Januari lalu.
Ini
berekoran laporan muka depan Oriental Daily News bahawa “MCA dan
para pemimpin pertubuhan Cina telah mencapai satu kata sepakat -
isu SJKC Damansara sudah selesai”.
Pengerusi
jawatankuasa Yong Yoke Sung menyampaikan kekecewaan terhadap keputusan
sesi perbincangan MCA-Pertubuhan Cina pada awal bulan Januari lalu
yang tidak bersungguh-sungguh menyentuh usaha bagaimana untuk membuka
semula SJK(C) Damansara.
Sebaliknya,
‘kata sepakat’ MCA-Pertubuhan Cina itu telah mengelirukan seluruh
rakyat Malaysia dengan berkata, “isu SJK(C) Damansara sudah selesai.
Masyarakat Cina tidak perlu menyentuh isu sensitif ini lagi.”
“Masalah
SOS Damansara hanya akan selesai dengan pembukaan semula SJK(C)
Damansara,” tegas Yong.
Berikutan
itu, Jawatankuasa mengambil tindakan mengutarakan pencabulan hak
asasi manusia ke atas komuniti penduduk Kampung Baru Damansara yang
tidak diberi Hak Memiliki Sekolah komuniti serta hak kanak-kanak
berpendidikan.
Dalam
pada itu, naib pengerusi jawatankuasa, Wong Yew Kong, menegaskan
isu ‘Sekolah menjadi stor’ 12 Disember 2003, yang mana lima buah
lori yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor masuk meletakkan
250 kotak dokumen lama yang telah didiami oleh anai-anai.
Di
samping itu, hak berhimpun, hak bersuara dan hak menyampaikan pendapat
diutarakan oleh jawatankuasa kerana tiga orang, daripada 50 penyokong
SOS Damansara yang mengedarkan risalah kempen SOS di Dataran Merdeka
Kuala Lumpur pada malam 31 Disember telah ditahan oleh polis.
Wong
Yau King, Ng Chong Soon dan Saw Chin Cai ditahan polis semasa mengedarkan
risalah. Mereka dibawa ke Balai Polis Dang Wangi dan pihak polis
merekod Kenyataan 112 mereka. Mereka hanya dibebaskan dengan jaminan
mulut pada pukul 4.00 pagi keesokan harinya.
Jawatankuasa
mempersoalkan penangkapan polis kerana: Pertama, penyebaran risalah
kepada orang ramai merupakan satu hak bersuara dalam mana-mana masyarakat
yang demokrasi.
Kedua,
Kenyataan 112 hanya diperuntukkan kepada saksi dan bukan untuk orang
yang ditahan dan didakwa.
Jawatankuasa
berpendapat polis berniat jahat dalam penyalahgunaan kuasa untuk
mengumpul maklumat perisikan tentang kempen SJK(C) Damansara dan
menakut-nakutkan komuniti Damansara.
Ketiga,
polis mendakwa bahawa ketiga-tiga yang ditahan telah membuat kesalahan
di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Sebagai
tindakan yang sepatutnya, polis hanya perlu mengambil risalah untuk
melakukan analisa, lalu membuat keputusan sama ada hendak mendakwa
mereka. Adalah tidak perlunya polis membuat tangkapan.
|