Seruan
Keadilan Online - Tuesday, January 20, 2004 10:58 AM
Fitnah
rundingan dengan Umno
Kita
tidak gadai keadilan
“Kita
tidak berunding untuk gadaikan keadilan,” demikian penegasan yang
dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Nasional, Datin Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail berhubung dengan tersebarnya fitnah kononnya kalangan
pimpinan keADILan kini sedang mengadakan perundingan dengan pihak
parti pemerintah.
Menurut beliau,tidak ada
tolak ansur dalam komitmen parti itu memperjuangkan keadilan di
negara ini.
Penegasan
beliau itu memberikan isyarat jelas kepada seluruh rakyat negara
ini bahawa sebagai sebuah parti yang didirikan atas asas keadilan,
parti itu tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan.
Kenyataan
tegas Presiden keADILan itu secara tidak langsung seharusnya menamatkan
desas-desus yang berlegar dalam dunia politik negara yang kononnya
keADILan berhadapan dengan cabaran besar mengenai kedudukan kepimpinannya.
Malah
mengulangi penegasan tersebut, Wan Azizah berkata, cerita mengenai
perundingan tersebut adalah sesuatu yang tidak benar dan sengaja
direka untuk menghakis keyakinan rakyat kepada perjuangan menegakkan
keadilan di negara ini.
“Tidak
ada sebarang rundingan yang kita buat untuk mencapai keadilan. Ini
semua tidak benar dan saya ingin tegaskan tidak ada tolak ansur
dalam perjuangan kita menegakkan keadilan di negara ini,’’ ujar
beliau.
Fitnah
mengenai rundingan ini berlaku apabila dilaporkan oleh laman-laman
web yang pro Umno menyebut kononnya beberapa pemimpin keADILan seperti
Azmin Ali, Ezam Mohd Noor dan Lokman Noor Adam dikatakan sedang
berunding dengan Umno.
Bagi
menguatkan hujah kononnya rundingan tersebut berlaku ia dikatakan
bukan sahaja membabitkan soal kemasukan mereka ke dalam parti itu
tetapi dikaitkan juga dengan soal pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas
mengenai perkara itu, Wan Azizah berkata, adalah sesuatu yang malang
untuk sesetengah pihak menyangkakan bahawa keadilan untuk Anwar
boleh dijual beli dengan rundingan.
“Saya
ingin tegaskan tidak ada kompromi dalam isu keadilan baik untuk
Anwar mahupun perjuangan kita menegakkan keadilan di negara ini,”
tambah beliau.
Kini
dengan penegasan yang jelas dan terbuka, tumpuan harus diberikan
kepada memantapkan perjuangan dan jentera parti bagi menghadapi
agenda yang lebih besar iaitu memenangi pilihanraya umum yang akan
datang.
|