Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 7, 2004 12:13 AM
keADILan
Bentong terus kuat walau ahli keluar parti
Parti
keADILan bahagian Bentong terus utuh dan bertambah kuat walaupun
bekas ketuanya, Dr Wahid Shuhaimi serta bekas Ketua Pemuda Jefferey
Nizam meletakkan jawatan dan mengumumkan menyertai Umno pada 11
Februari lalu.
Ini
kerana, keADILan Bentong telah melantik Othman Ismail selaku pemangku
ketua bahagian sementara Aeri Azahar Ghazali memangku jawatan ketua
pemuda mulai 15 Februari lalu.
Menurut
pemangku Setiausaha Perhubungan keADILan Pahang, Rizal Ali, keputusan
tersebut dicapai dalam mesyuarat tergempar bahagian Bentong baru-baru
ini.
Katanya,
seramai 16 AJK keADILan Bentong mengadakan perbincangan selama dua
jam dengan dihadiri oleh wakil keADILan negeri.
Menurutnya
lagi, badan perhubungan negeri turut melahirkan rasa kagum dengan
ahli keADILan di Bentong yang masih bersemangat dan dilihat utuh
walaupun dipercayai Dr Wahid dan Jefferey cuba memujuk beberapa
ahli untuk menyertai Umno.
Di
samping itu, tambahnya, keputusan memilih dua pemimpin baru itu
amat tepat kerana secara tidak langsung menjawab teka-teki ahli
bawahan.
Selain
itu, katanya, ia memberi isyarat jelas bahawa ahli-ahli di Bentong
tidak mudah untuk diperdagangkan maruah mereka.
Pemangku
ketua bahagian, Othman Ismail pula menegaskan, beliau tidak runsing
dengan perletakan jawatan Dr Wahid dan Jeferey kerana dalam politik
pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi keazaman ahli-ahli untuk
mempertahankan perjuangan tetap membara.
“Selalunya
rakyat dan pendokong parti tetap dengan perjuangan, yang mungkin
belot dan mengkhianati rakyat hanya beberapa kerat pemimpin opurtunis,”
tegasnya lagi.
Beliau
juga mengingatkan kepada Dr Wahid dan Jeferrey agar tidak sesekali
cuba untuk membuat huru-hara terhadap keADILan Bentong dengan menghantar
wakil untuk memujuk mereka menyertai Umno.
“Proses
memujuk ahli ini terpaksa dilakukan kerana mereka berdua dalam situasi
yang tidak menyenangkan akibat kegagalan mereka untuk menunjukkan
kepada Umno Bentong dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob
bahawa dengan penyertaan mereka keADILan pasti lumpuh,” ujarnya
lagi.
|